Iklan Jawatan Kosong Jurulatih Sambilan Sukan bagi Tahun 2021


Maklumat Jawatan

  • Bayaran bulanan : RM25/sejam
  • Maksimum bayaran adalah sebanyak RM400.00 sebulan berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh jurulatih setiap bulan
  • Bayaran elaun RM50.00/sehari kepada jurulatih yang mengiringi pasukan ke kejohanan luar adalah bergantung kepada tempoh pertandingan/kejohanan
  • Jadual latihan adalah bergantung kepada pasukan/jurulatih masing-masing
  • Lantikan jawatan berkuatkuasa dalam tempoh minimum Lima (5) bulan sahaja
  • Tempoh lantikan : Mac 2021 hingga Disember 2021

Syarat Pemohon

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Warga UTHM yang berkelayakan digalakkan untuk memohon
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang sukan yang dipohon sekurang-kurangnya lebih dari 2 tahun
  • Berumur 21 tahun atau lebih dari tarikh memohon
  • Mempunyai dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil kejurulatihan, dll

Cara Memohon

  • Borang permohonan boleh didapati di laman Web UTHM atau di Pejabat Am Pusat Sukan Universiti UTHM
  • Sila lampirkan Salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh majikan mahupun mana-mana pihak yang berkenaan
  • Borang yang telah lengkap diisi boleh terus dihantar melalui email atau poskan kepada :

Email

Alamat

Unit Kecemerlangan Pelajar Pusat Sukan Universiti

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor

Tarikh Tutup Permohonan

  • Sebelum atau pada 4 Mac 2021 (Khamis)

Keterangan Am

  • Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Pusat Sukan Universiti UTHM selepas satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima boleh menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
  • Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Kecemerlangan Pelajar, Pusat Sukan Universiti 07 4537490 / 7439 atau melalui Whatsapp En. Saddam 011 23319676

THE UNIVERSITY

UTHM Main Campus

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat  Johor, Malaysia
Tel :+607 4537000 Email:

UTHM Pagoh Campus

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, M 1, Jalan Panchor, 84600 Panchor, Johor, Malaysia
Tel. : 06-9742001 / 2002 Fax.: 06-9742186

© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ® 2020. All Rights Reserved. Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024. This website is bound by the Copyright Notice mentioned.

  • Last Modified: Thursday 15 April 2021, 16:01:12.
QS 5 Stars Rated for Excellence