Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada anda. Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek) merupakan di antara 3 buah fakulti baru yang ditubuhkan di UTHM. Walaupun dengan nama baru, FPTek sebenarnya bermula sebagai sebuah jabatan dan sehingga kini, FPTek telah mempunyai kepakaran dalam bidang khusus pendidikan, iaitu pendidikan yang berteraskan teknik dan vokasional. Bertempatkan di kampus bandar dengan pelbagai kemudahan terbaru dan tenaga pengajar yang profesional, FPTek menawarkan pelbagai pengajian pada peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
|
 |