Pengiktirafan Program
Program ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 18 Ogos 2005. Bagi program Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (kerja kursus dan penyelidikan), pengiktirafan telah diberikan oleh JPA pada tarikh yang 25 Mac 2004.
Peluang Kerjaya
Graduan-graduan Fakulti Pendidikan Teknikal mempunyai peluang kerjaya di sektor awam dan sektor swasta terutamanya dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Selain menjadi pendidik, graduan-graduan juga boleh membabitkan diri dalam bidang industri seperti di bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan mekanikal. |