<%@ page import="java.util.*"%> Teaching and Learning Centre, UTHM
 
 
 
 




 
"Education is a weapon, whose effect depends on who holds it in his hands and at whom it is aimed."

- Joseph Stalin
 
Updated On :
11.07.2007 9:48

E-LEARNING DEVELOPMENT

 

CLASSROOM

Bagi menyokong keperluan e-pembelajaran di universiti, bilik kuliah dan dewan kuliah telah ditingkat upaya dan dilengkapi dengan kemudahan ICT dari masa ke semasa. Bilik/dewan kuliah ini dilengkapi dengan LCD projektor dan talian internet. Dua dewan teater telah dijadikan "Smart Classroom" yang mempunyai lebih lagi kemudahan seperti visualizer dan 'classroom commander' bagi menyokong e-pembelajaran. Semua bilik/dewan ini boleh ditempah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di Pusat Pengurusan Akademik.

 

MAKMAL-MAKMAL KOMPUTER

Kemudahan untuk menggunakan komputer dan mencapai internet untuk pelajar dilaksanakan dengan wujudnya banyak makmal komputer. Fakulti dan pusat mempunyai makmal komputernya sendiri. Seperti Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi yang mempunyai dua Makmal Bahasa Multimedia bagi menggalakkan perlaksanaan e-pembelajaran di kalangan stafnya.

Selain itu, beberapa makmal komputer PTM yang diurus dan diselenggara Pusat Teknologi Maklumat dibangunkan di blok A5 (PTM), blok B1 (blok dewan/bilik kuliah), asrama pelajar dalam dan luar. Setiap makmal ini mempunyai lebih kurang 30 unit komputer berintenet. Selain itu, makmal-makmal ini sedang ditingkatkan fasilitinya untuk dilengkapi kemudahan pencetak. Sistem ACS (touch-card-reader) turut dipasang bagi meningkatkan keselamatan ke atas peralatan di makmal-makmal tersebut. Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti ini dengan baik.


 

 

 

 

Contact Us
Introduction
e-Learning
Learning Management System
Multimedia Courseware /
E-Module
E-Library
Classroom
Internet Access
Video On Demand
 
 
Copyrights © 2001-2007 Teaching And Learning Centre
Copyrights Reserved.

2006 copyright of hmy spiderspace inc.