E-LEARNING
DEVELOPMENT
INTRODUCTION
OF E-LEARNING
Terdapat banyak
definisi tentang e-Pembelajaran (e-Learning), tetapi
secara asasnya e-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran,
latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan
media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan
pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah
kepada pelajar dan sebaliknya. Oleh itu, pastinya sebahagaian
besar konsep e-Pembelajaran akan melibatkan penggunaan
komputer dan internet; selain peralatan elektronik
lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk
e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk
disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet
/ intranet.
Terdapat beberapa
komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran
ini seperti infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer,
komputer riba, talian rangkaian dan internet), bahan
kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul
/ multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik,
video dan audio), sistem pengurusan e-pembelajaran
(ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus
Learning Space, dan Kalaideskop), kaedah komunikasi
(ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi
dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.
Kaedah pembelajaran
seperti ini membolehkan universiti menyediakan program-program
pengajian yang lengkap kepada pelajar yang tinggal
di luar kampus atau pelajar yang ingin mendapatkan
maklumat berkenaan dengan bahan pengajaran pensyarah
dari mana-mana sahaja. Staf akademik dapat mengingkatkan
kualiti penyampaian dan keberkesanan dengan ada bantuan
visual dan elemen multimedia diselitkan. Ilmu pengetahuan
dikembangkan dengan adanya sumber yang pelbagai dari
seluruh dunia yang boleh dicapai. Ia
turut akan menjadi asas kepada pengajian jarak jauh
yang mana ia mampu untuk memenuhi konsep “on-demand” yang
boleh mengurangkan masalah masa, kehadiran/kedatangan,
dan juga masalah jarak perjalanan.
| Sesi
perbincangan secara online melalui forum, discucssion
board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan
ilmu berlaku tidak kira masa. Bagaimanapun seperti
yang diakui oleh ramai pendidik, e-pembelajaran
ini hanyalah melengkapi atau membantu staf akademik
dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Tidak dinafikan sesi kuliah / tutorial
yang memerlukan sua muka (face-to-face) masih perlu
bagi tidak menghilangkan unsur nilai-nilai kemanusiaan
dalam menimba ilmu. |
|
Maka, Universiti
telah menetapkan sesi kuliah dan pendekatan e-pembelajaran
perlu gerak seiring bagi mendapatkan yang terbaik dari
keduanya. Gabungan kaedah ini lebih dikenali sebagai
'Blended-Learning' di kalangan pengamal dan profesional
e-pembelajaran. Terserah kepada staf akademik untuk
mencorakkan pengajaran mereka bagi mendapatkan yang
terbaik daripada sesi kuliah dan kelebihan yang ada
pada konsep e-pembelajaran.
Hubungi AJK e-Pembelajaran
di setiap jabatan, pejabat am PDP, atau Makmal Pembangunan
e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut. Juga, terdapat
banyak info mengenai e-pembelajaran di Internet yang
anda boleh layari dan menambahkan lagi pengetahuan
anda.
> elearning@wikipedia.com
|
|