<%@ page import="java.util.*"%> Teaching and Learning Centre, UTHM
 
 
 
 




 
"We know nothing of what will happen in future, but by the analogy of experience."

- Abraham Lincoln
 
Updated On :
11.07.2007 10:52

E-LEARNING DEVELOPMENT

 

MULTIMEDIA COURSEWARE / E-MODULE

LMS-Blackboard sahaja tidak akan dimanfaat sepenuhnya sekiranya ia tidak disokong dengan bahan-bahan kandungan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Oleh itu, pihak universiti telah bersetuju agar bahan-bahan kandungan ini haruslah berkualiti dan mempunyai elemen multimedia yang interaktif dari masa ke semasa.

Bahan-bahan kandungan P&P seperti ini lebih dikenali sebagai multimedia courseware atau e-modul. Ia bukan suatu perisian sepenuhnya (software), juga bukan sejenis perkakasan (hardware). Courseware adalah suatu alatan (tools) yang boleh digunakan dalam latihan, pengajaran dan pembelajaran.

Multimedia courseware adalah bahan kandungan pengajaran yang mempunyai elemen multimedia, seperti teks, grafik, imej, video/audio, animasi dan simulasi. Elemen interaktif membolehkan pengguna boleh merasai sendiri sesuatu aktiviti yang dilakukan. Beberapa ciri-ciri yang bermanfaat seperti “pre-test” dan “post-test”, glosari, dan capaian ke laman web berkaitan yang lain turut dimuatkan untuk memberi lebih kefahaman dan menambahkan pengetahuan kepada pelajar-pelajar.

Maka, PDP telah mengenalpasti empat utama kaedah bagi memperkayakan lagi kandungan bahan-bahan P&P yang interaktif ini.

  1. Memperolehi courseware yang berada di pasaran
  2. Membangunkan courseware melalui kerjasama pihak perunding luar yang dilantik dengan kandungan modulnya dari staf akademik UTHM (selaku pakar kandungan)
  3. Membangunkan courseware/e-modul secara 'in-house' melalui Unit Pembangunan e-Pembelajaran, PDP dengan kerjasama staf akademik UTHM.
  4. Staf akademik sendiri akan membangunkan courseware / e-modul. Ini dilaksanakan sama ada secara individu atau berkumpulan.
 
 

 


PEROLEHAN 19 MULTIMEDIA COURSEWARE

Perolehan 19 bahan multimedia courseware dari tahun 2004 - 2005 diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan tenaga pengajar sebagai salah satu alternatif dalam melengkapi pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Ia terbahagi kepada 2 kategori, iaitu 10 tajuk untuk elektrik dan mekanikal, 10 tajuk untuk awam dan alam sekitar. Tajuk-tajuk courseware adalah seperti berikut...

Multimedia Courseware for Electrical and Mechanical Engineering

  1. Fundamentals of Electronics
  2. Advanced Electronics
  3. Fundamentals of Robotics
  4. PLC 1: Fundamentals of Ladder Logic
  5. PLC 2: Advanced Ladder Logic
  6. PLC 3 : PLC-Control led Pneumatics
  7. Pneumatics 1: Fundamentals of Pneumatics
  8. Pneumatics 2: Advanced Pneumatics
  9. Pneumatics 3: Electro-Pneumatics
  10. Materials Testing

Multimedia Courseware for Civil Engineering

  1. Introduction to Wastewater Treatment
  2. Introduction to Water Supply Engineering
  3. Construction Technology: Bridges
  4. Introduction to Construction Technology
  5. Construction Technology: Fluids
  6. Introduction to Environmental Engineering
  7. Introduction to Pollution Engineering
  8. Introduction to Transporation
  9. Introduction to Highway Engineering

 

Manual Penggunaan Multimedia Courseware

+ Manual Daftar Courseware (Enroll Guide)

+ Manual Penggunaan Multimedia Courseware (Getting Started Guide)

 

Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan, atau Unit Pembangunan e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut.

 


PEMBANGUNAN 10 MODUL KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

Pembangunan 10 bahan multimedia courseware dari tahun 2003 hingga disiapkan pada tahun 2006 diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan tenaga pengajar sebagai salah satu alternatif dalam melengkapi pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Kandungan e-modul ini adalah berdasarkan silabus UTHM yang mana ia ditulis oleh staf akademik Universiti yang pakar dan berpengalaman. Tajuk-tajuk E-Modul Kejuruteraan (EMK) adalah seperti berikut...

  1. Engineering Mechanics (EMK001)
  2. Thermodynamics (EMK002)
  3. Structure (EMK003)
  4. Hydraulics (EMK004)
  5. Environmental Engineering (EMK005)
  6. Highway Engineering (EMK006)
  7. Fluid Mechanics (EMK007)
  8. Digital Electronics (EMK008)
  9. Electric Technology (EMK009)
  10. Thermofluid (EMK010)

 

Manual Penggunaan E-Module Kejuruteraan (EMK)

+ Manual Daftar EMK (Enroll Guide)
+ Manual Penggunaan EMK (User Guide)

Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan, atau Unit Pembangunan e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut.

 


PEMBANGUNAN E-MODUL OLEH UNIT PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN, PDP DENGAN KERJASAMA STAF AKADEMIK

Unit Pembangunan e-Pembelajaran turut menawarkan khidmat membangunkan e-modul untuk staf akademik yang berminat. Staf akademik perlu menghantar surat permohonan kepada PDP sebagai pertimbangan dan rekod. Staf akademik akan berbincang dengan staf unit ini mengenai kandungan, konsep dan lain-lain yang berkaitan.

Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan, atau terus ke Makmal Pembangunan e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut.

 


PEMBANGUNAN E-MODUL OLEH STAF AKADEMIK

Staf akademik turut membangunkan beberapa e-modul. Ini dilakukan samada secara individu ataupun secara berkumpulan dalam panel matapelajaran tertentu. Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf akademik, PDP sentiasa mengadakan program profesionalisme berorientasikan pembangunan multimedia dalam teknologi pendidikan. Antaranya, kursus rekabentuk instruksi, interaktif powerpoint, penggunaan macromedia flash dalam p&p.

Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan, pejabat am PDP, atau Unit Pembangunan e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut.


 

 

 

 

Contact Us
Introduction
e-Learning
Learning Management System
Multimedia Courseware /
E-Module
E-Library
Classroom
Internet Access
Video On Demand
 
 
Copyrights © 2001-2007 Teaching And Learning Centre
Copyrights Reserved.

2006 copyright of hmy spiderspace inc.