<%@ page import="java.util.*"%> Teaching and Learning Centre, UTHM
 
 
 
 




 
"Genius without education is like silver in the mine."

- Ben Franklin
 
Updated On :
11.07.2007 9:57

E-LEARNING DEVELOPMENT

 

INTERNET ACCESS

Perkhidmatan internet adalah amat penting dalam perlaksanaan e-pembelajaran. Internet membolehkan maklumat dari serata sumber boleh dicapai dengan mudah. Saiz dan kualiti bahan yang semakin besar dan penggunaannya yang semakin meningkat memerlukan rangkaian di UTHM sentiasa dipertingkat dan diselenggara dengan baik.

Pusat Teknologi Maklumat telah melengkapkan dengan rangkaian kampus meluas berasaskan “Fiber Optic Backbone, kabel “UTP” dan Wi-Fi. Rangkaian UTHM yang dipusatkan ke sistem pelayan melalui talian tulang belakang (backbone) gentian optik menggunakan enjin rangkaian Avaya P550, 3Com Corebuilder 9000 dan 3Com 7700R yang mampu mengalirkan data sehingga 1 Gbps dengan menggunakan teknologi Gigabit.

Sambungan rangkaian UTHM ke dunia luar melalui talian litar suwa mempunyai 2 talian yang berasingan dengan kelajuan 4 Mbps di mana kedua-dua talian ini menyokong keseluruhan kemudahan internet di Kampus Induk, Kampus Bandar, Pangsapuri, Taman Melewar dan Pejabat Palapes. Kelajuan 2 Mbps diperuntukkan khas di Kampus Bandar.

Selain itu, lebih banyak kawasan yang mempunyai rangkaian internet tanpa wayar (wireless internet network) sedang dilaksanakan. Kantin, asrama pelajar, bilik kuliah, bilik staf akademik adalah antara beberapa tempat sedang dalam proses pemasangan. Rujuk rajah berikut bagi zon eksklusif hot-spot di Universiti.

Pelajar perlu mendapatkan akaun pengguna bagi membolehkan menikmati perkhidmatan ini. Sila hubungi Unit Rangkaian dan Selenggaran, Pusat Teknologi Maklumat untuk maklumat lanjut di talian 07- 4537292. Daftarkan nama anda sekarang!!!

Sila hubungi Pusat Teknologi Maklumat untuk sebarang pertanyaan berkaitan IT dan talian Internet di UTHM.

 

 


 

 

 

 

Contact Us
Introduction
e-Learning
Learning Management System
Multimedia Courseware /
E-Module
E-Library
Classroom
Internet Access
Video On Demand
 
 
Copyrights © 2001-2007 Teaching And Learning Centre
Copyrights Reserved.

2006 copyright of hmy spiderspace inc.