E-LEARNING
DEVELOPMENT
INTRODUCTION
E-LEARNING
VISION
“Enhancing
teaching and learning through a holistic approach
to e-Learning in achieving academic excellence”
|
 |
E-LEARNING
MISSION
“To
establish a creative and effective e-Learning system
towards producing competent technologist and professionals”
E-LEARNING
OBJECTIVES
- Bagi
menyemai dan menggalakkan budaya e-pembelajaran di
kalangan staf dan pelajar
- Bagi
memantapkan sistem e-pembelajaran yang terkini, efektif,
berkesan, dan mesra pengguna
- Untuk
melaksanakan proses e-pembelajaran yang berkesan,
dinamik, bersepadu, dan holistik
- Bagi
melatih sumber manusia yang kompeten untuk perlaksanaan
e-pembelajaran yang berkesan
- Bagi
mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan
masyarakat yang terpelajar seterusnya peringkatan
kualiti hidup yang berterusan
- Bagi
meletakkan kedudukan universiti di antara institusi
pengajian tinggi yang terkemuka melalui aplikasi
sistem pembelajaran yang berpandukan teknologi terkini
E-LEARNING
DEVELOPMENT UNIT
UNIT
PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN mula diwujudkan
pada tahun 2002 di bawah pusat tanggungjawab, Pusat
Pengajaran dan Pembelajaran. Ia dimulakan dengan
pengambilan seorang pegawai sistem maklumat dan tiga
orang penolong pegawai sistem maklumat sambilan.
Ketika ini, unit ini beroperasi secara menumpang
di bilik operasi PPA di tingkat atas blok A2. Setahun
selepas itu, unit ini telah berpindah tempat beroperasi
yang lebih selesa dan lengkap di makmal pembangunan
e-pembelajaran.
E-LEARNING
DEVELOPMENT LAB dibuka
pada 3 Jun 2003, dan mula beroperasi sepenuhnya sejak
6
Jun 2003. Makmal ini terletak di deretan kabin di
blok B9 A. Tiga tahun selepas itu pada 21 Mac 2006,
unit ini telah berpindah sekali lagi ke tempat yang
baru. Kini, makmat pembangunan e-pembelajaran terletak
di Blok B1 (Blok Dewan/Bilik Kuliah). Makmal ini
berjiran dengan bilik-bilik kuliah pelajar, Dewan
Kuliah 3, berhadapan dengan Makmal Komputer 1 & 2
Pusat Teknologi Maklumat, dan berhampiran dengan
Perpustakaan UTHM.
Unit Pembangunan
e-Pembelajaran ditubuhkan bagi membantu dan menguruskan
pembangunan teknologi pengajaran dan pembelajaran (P&P),
terutamanya aktiviti-aktiviti pembangunan e-pembelajaran
(e-learning) dalam P&P di Universiti. Ia ditubuhkan
selari dengan salah satu objektif PDP iaitu,
“ Untuk
menyokong integrasi teknologi maklumat dan perhubungan
dalam pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan
kreativiti dan inovasi pengajaran dan pembelajaran”
FUNCTION
of E-LEARNING DEVELOPMENT UNIT
Fungsi utama
unit ini adalah..
- Membantu
dan menguruskan pembangunan teknologi pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
- Menguruskan
projek pembangunan e-Pembelajaran yang melibatkan
pihak luar.
- Menyelaras
pembangunan e-Modul dalam usaha untuk merealisasikan
serta memperkukuh sistem e-pembelajaran
- Melatih dan
menggalakkan staf akademik ke arah pembangunan bahan
pengajaran.
- Mengawal-selia
laman web Pusat Pengajaran dan Pembelajaran untuk
penyebaran maklumat.
Secara ringkasnya,
unit ini bertanggungjawab menyelenggara sistem e-pembelajaran
universiti (Blackboard 6), memberi bantuan kepada staf
akademik berkaitan penggunaan Blackboard dalam P&P,
dan membantu memberi kursus/bengkel penggunaan sistem
Blackboard. Memberi bantuan teknikal kepada staf akademik
dalam pembangunan e-modul, membangunkan e-modul mengikut
subjek dengan kerjasama staf akademik, dan menjadi
rujukan dalam rekabentuk instruksi & grafik.
Makmal ini telah
membangunkan pelbagai subjek kejuruteraan daripada
pelbagai staf akademik yang berminat. Antaranya, Termodinamik
untuk En Mohd Fahmi Abd Ghafir, Stress Analysis dan
Tribology (En Al Emran Ismail), dan juga Hazardous
Management oleh Cik Aeslina Abd Kadir.
E-modul yang
dibangunkan ini akan mempunyai ciri-ciri multimedia
seperti teks, animasi, dan gambar-gambar yang bertujuan
untuk memberikan lebih kefahaman kepada pelajar-pelajar,
dan juga memudahkan penyampaian pengetahuan staf akademik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Selain itu, unit
ini turut membantu operasi utama PDP yang lain seperti
persiapan dan urusetia program, dan proses penilaian
staf akademik.
SERVICE
PROVIDED
- Menyediakan
khidmat sokongan dalam bentuk bantuan teknikal seperti
peralatan dan penasihatan.
- Melatih staf
akademik menggunakan perisian dan perkakasan teknologi
- Menyelenggara
sistem e-pembelajaran Universiti (Blackboard 6).
- Memberi bantuan
kepada staf akademik dan pelajar dalam penggunaan
sistem e-pembelajaran, Blackboard.
- Memberi bantuan
kepada staf akademik dalam pembangunan bahan-bahan
untuk e-pembelajaran
- Membangunkan
e-modul mengikut subjek
- Membangunkan
komponen animasi / simulasi untuk kandungan pengajaran
staf akademik
- Menjadi rujukan
untuk instructional & graphical design
- Menyediakan
kemudahan infrastruktur latihan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran staf akademik
OTHER
SERVICE PROVIDED (TEACHING AND LEARNING PURPOSES)
- Fotografi
- Khidmat Nasihat
dan Rekaan Visual Grafik
- Penerbitan
Bahan Cetak
- Pembangunan
Laman Web
- Rakaman dan
Suntingan Video
- Rakaman Bahan
Ilmiah
FACILITIES
IN OUR LAB
- Wall Display
- LCD TV
- CD/DVD Writer
- CD/DVD Duplicator
- Scanner Resolusi
Tinggi
- Kamera Digital
SLR
- Kamera Video
(Hi 8 & DVD)
- Printer Warna
(A4 & A3)
- Mesin Fotostat
- 12 buah komputer
multimedia
- Mesin Suntingan
Video - Edius
- Komputer Apple
Mac G5
- Perisian Multimedia
– Macromedia Flash MX, Dreamweaver MX, Fireworks MX, Freehand MX, Adobe
Illustrator CS, Adobe Photoshop 7, Adobe Premiere 6.5, Adobe Pagemaker 7, Adobe
Acrobat 5.0, Adobe Distiller 5.0, 3D Studio Max 7, Swish 3D, Swish Text, Camtasia,
dan Flash Decompiler.
- Bahan bacaan
berkaitan grafik dan multimedia
E-LEARNING
STAFF
Alkisah...
Pada awal penubuhannya
tahun 2002, unit ini mempunyai empat orang staf sambilan.
Seorang pegawai sistem maklumat dan tiga orang penolong
pegawai sistem maklumat. Staf-staf unit ini mempunyai
latarbelakang dalam bidang IT, seperti multimedia,
grafik, ilustrasi, dan animasi. Pengetahuan tentang
sistem turut penting kerana terlibat dalam pengurusan
platform sistem e-pembelajaran-Blackboard.
Hemmy Abd Jalal,
Aidawati Othman, Azliana Azman dan Syirin Nazli Abd
Rahman adalah staf terawal unit ini. Pada Jun 2003,
berlaku pertukaran staf. Syirin telah meninggalkan
unit ini apabila berpeluang melanjutkan pelajarannya.
Tempat beliau diganti oleh Haljiah Hasli. Pada Julai
2003, dua orang staf sambilan, Shah Ruddin Jaafar dan
Abdul Hadi Mohammad telah diambil bagi memperkuatkan
lagi unit ini. Enam orang staf ini penting bagi menampung
beban tugas yang semakin bertambah dan bagi menghasilkan
produk yang lebih berkualiti.
Pada awal tahun
2004, Aidawati Othman telah meninggalkan unit ini kerana
mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, dan tempat
beliau diisi oleh Farra Fabil. Pada Mei 2004, Farra
pula meninggalkan unit ini kerana menyambung pelajarannya.
Pada bulan Ogos tahun yang sama, Azliana Azman turut
meninggalkan unit ini kerana berjaya mendapat jawatan
tetap sebagai penolong pegawai sistem maklumat dan
ditempatkan di Pusat Teknologi Maklumat UTHM.
Sehingga ke hari
ini, Unit Pembangunan e-Pembelajaran ini kembali seperti
awal penubuhannya dengan empat orang staf terdiri dari
Hemmy Abd Jalal, Abdul Hadi Mohamad, Shah Ruddin Jaafar,
dan Haljiah Hasli.
|
|