Soalan mengenai Blackboard 6.0

Soalan Umum

1.
Apa itu Blackboard 6.0 ?

Blackboard merupakan satu sistem di mana pensyarah boleh meletakkan bahan pengajaran mereka di sini dan pelajar boleh meng"access" web mereka dengan kata laluan dan password tertentu.

2.
Bagaimanakah saya dapat mencapai Blackboard?
Blackboard boleh dicapai melalui web rasmi KUiTTHO (http://www.uthm.edu.my).
Klik pada ikon e-learning.

Atau, terus ke alamat
http://ilmu.uthm.edu.my
3.
Bagaimanakah saya hendak login ke dalam Blackboard?
Untuk Pelajar
Anda boleh log in menggunakan nombor kad matrik anda sebagai username.
Password (default) anda : 12345

Untuk Pensyarah

Anda boleh log in menggunakan ID Webmail UTHM anda sebagai username.
Password (default) anda : 12345

* webmail uthm user id


4.
Bagaimanakah hendak tukar password?
Anda boleh menukar password anda di Personal Information.

5.
Sekiranya saya terlupa password saya, apa yang perlu saya buat?

Sekiranya anda terlupa anda boleh menghubungi Makmal e-Pembelajaran di talian 07-4537474 (Hemmy / Haljiah).

Atau, anda boleh datang sendiri ke makmal e-learning di Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran.

Atau, anda boleh meminta pensyarah anda reset password anda (untuk pelajar sahaja).

 

6.
Bagaimanakah saya hendak buat akaun pengguna di Blackboard?
 

Setiap staf akademik dan pelajar yang mendaftar di UTHM telah diberikan akaun pengguna Blackboard.

Bagaimanapun, sekiranya anda masih belum mempunyai akaun pengguna Blackboard, anda boleh menghubungi Makmal e-Pembelajaran di Talian 07-4537474, Email hemmy@uthm.edu.my atau, anda boleh datang sendiri ke Makmal e-Pembelajaran (Blok B1) di Pusat Pengajaran & Pembelajaran.

 

   
7.
Siapakah harus saya hubungi bagi mendapatkan pertolongan atau maklumat lanjut mengenai e-Pembelajaran / LMS (Blackboard) di UTHM?

Anda boleh hubungi...

1. Ketua Pusat, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
- Dr. Berhannudin b. Mohd Salleh di talian 07-4537470 / email berhan@uthm.edu.my

2. Unit Pembangunan e-Pembelajaran, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
- Talian 07-4537474 , hubungi Encik Hemmy b. Abd Jalal (email: hemmy@uthm.edu.my) atau Pn. Haljiah bt Hasli (email: geejee_azie@yahoo.com)

3. Datang ke Makmal Pembangunan e-Pembelajaran, Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran, UTHM di Blok B1, berhampiran makmal Komputer PTM 1, 2, 3.

4. Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan anda.

 


Soalan Pensyarah

1.
Bagaimanakah saya hendak menambah senarai kursus/subjek yang saya ajar di dalam Blackboard ?
Anda boleh meminta bantuan AJK e-pembelajaran di jabatan anda, atau menghubungi staf-staf teknikal di makmal e-pembelajaran.
2.
Bagaimanakah hendak membuat pembetulan kepada senarai course saya?

Anda boleh meminta bantuan AJK e-learning di fakulti anda atau menghubungi staf-staf teknikal di makmal e-pembelajaran.

 

3.
Bagaimanakah saya hendak enroll pelajar saya,

Anda boleh enroll pelajar anda melalui :

Control Panel > User Management > Enroll User (Enroll untuk seorang pelajar)

Control Panel > User Management > Batch Create User for Course (Enroll untuk kumpulan pelajar yang ramai)

Penerangan lanjut ada disertakan dalam Manual Ringkas Blackboard. (format acrobat)

4..
Sekiranya saya tidak enroll pelajar saya, apa yang akan berlaku?

Jika tidak enroll pelajar anda, mereka tidak dapat meng"access" subjek dan bahan pengajaran anda.

 

5.
Bagaimanakah saya hendak muat-naik bahan pengajaran saya ke dalam Blackboard?

Anda boleh memuat-naik bahan pengajaran anda melalui :
Control Panel > Content Areas > Course Document

Penerangan lanjut ada disertakan dalam Manual Ringkas Blackboard (format acrobat)


6.
Bagaimanakah saya hendak membuat bahan e-modul saya? Adakah sebarang bantuan diberikan oleh pihak universiti?

Anda boleh membuat e-modul anda sendiri mengikut kreativiti dan kemahiran anda sendiri.

Bagaimanapun, pihak universiti melalui Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran ada menyediakan bantuan teknikal untuk pensyarah-pensyarah membuat e-modul dengan penubuhan Unit Pembangunan e-Pembelajaran. Unit ini menyediakan khidmat bantuan membangunkan e-modul menggunakan beberapa multimedia tools seperti Macromedia Flash, dan Macromedia Dreamweaver.

Unit ini akan membuat perbincangan dan rundingan bersama pensyarah tentang subjek yang akan dibangunkan. Kemudian, membuat beberapa analisa dari segi struktur subjek, animasi, grafik dan lain-lain yang berkaitan.

Hubungi kami di talian 07-4537474 untuk penerangan lanjut.

 


Soalan Pelajar

1.
Bagaimanakah saya hendak download bahan pembelajaran saya dari Blackboard?

Anda boleh memuat-turun bahan pengajaran daripada pensyarah anda dengan Klik kepada subjek yang anda mahu.

Klik ke menu kandungan, seperti Course Information, Course Document, dan juga Assignment.

Penerangan lanjut ada disertakan dalam Manual Ringkas Blackboard. (format acrobat)

Sila hubungi kami di talian 07-4537474 untuk penerangan lanjut.

 

close window