Perkhidmatan yang disediakan turut dibantu oleh enam orang Pegawai Perubatan yang berkhidmat secara sambilan. Pada bulan Jun dan Desember tahun yang sama seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Teknologi Makmal Perubatan C17 telah turut menganggotai pusat ini.
Pada Jun dan Julai 2003 dua orang Pegawai Perubatan telah mendaftar sebagai kakitangan tetap di Pusat Kesihatan Mahasiswa UTHM. Salah seorang Pegawai Perubatan telah dilantik sebagai Ketua Pusat Kesihatan Mahasiswa. Bermula dari saat itu juga pentadbiran Pusat Kesihatan Mahasiswa telah diletakkan dibawah naungannya sendiri. Memandangkan kepada fungsinya yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada mahasiswa tetapi juga kepada kakitangan universiti nama Pusat Kesihatan Mahasiswa telah ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti pada bulan Febuari 2004.