BERITA 2006 | 2007
PENYELIDIK UTHM MENANG 9 PINGAT DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO’08

PWTC, Kuala Lumpur - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 2 pingat perak, 5 pingat gangsa dan 2nd Best Shell Scheme Booth Award dalam 7th Invention And Innovation Competition yang diadakan sempena Malaysia Technology Expo 2008 (MTE 08) yang telah berlangsung dari 21 hingga 23 Februari 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pada pertandingan ini, 15 penyertaan telah dihantar oleh UTHM dan 9 daripadanya telah memenangi pingat. Senarai pemenang pingat adalah seperti berikut :

Bil
Nama Penyelidik
Fakulti/
Pusat
Tajuk Ciptaan
Pingat
1.

Prof. Madya Dr. Mohd Idrus bin Hj. Mohd Masirin (Ketua)
En. Fajaruddin bin Mustakim
En. Amir Zaki bin Salikin

FKAAS MGP- Modified Grouting Polymer
Emas
2.

En. Lam Kah Hoe (Ketua)
En. Yam Jhi Hao
En. Wong Weng Hong
En. Ng Wei Jei

PPKK

COMSKETEmas
3.

En. Mohammad Fahmi bin Abdul Ghafir (Ketua)
En. Abdul Mutalib bin Leman

FKMP
Automotive Components Using Palm Oil Based Fly Ash CompositePerak
4.

En. Ignatius Agung Wibowo (Ketua)
Prof. Madya Dr. Kemas bin Ahmad Zamhari
Prof. Madya Ayob bin Hj. Johari
En. Basil David Daniel

FKEEHigh-Speed Integrated Weigh-In-Motion System
Perak
5.

Pn. Elmy Johanna bt Mohamad (Ketua)
En. Omar Mohd Faizan bin Marwah
En. Muhamad Nurazmi bin Abas
Cik Rosmaya bt Mohd Yahya

FKEE
Universal Tracking And Navigation System (U-trac)
Gangsa
6

Pn. Elmy Johanna bt Mohamad



FKEEFlame Imaging Using Laser-Based Transmission Tomography
Gangsa
7.

Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon (Ketua)
En. Koh Heng Boon
En. Izudinshah bin Abdul Wahab
En. Mohd Hilton bin Ahmad
En. Yap Yoon Wah

FKAAS

Kuik CabinGangsa
8.

En. Mohd Faizal bin Mohideen Batcha (Ketua)
En. Mohd Azwir bin Azlan
En. Mahmod Abd Hakim Mohamad

FKMPCVT Lubricant Test Device For Automative ApplicationsGangsa
9.

Prof. Madya Dr. Kemas bin Ahmad Zamhari (Ketua)
En. Ignatius Agung Wibowo
Pn. Rosnawati bt Buhari
En. Mohd Fauzul Azim Mohd Zin
Cik Zamra Jasman



FKAASLow Cost NDT System for Pavement Structural EvaluationGangsa

Majlis perasmian MTE’08 telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Alihan bin Hj. A.Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi yang turut mengambil kesempatan meluangkan masa di semua tapak pameran termasuk di tapak pameran UTHM.

7th Invention And Innovation Competition yang diadakan sempena MTE’08 telah menyaksikan 433 penyertaan dari IPTA, IPTS, Agensi Kerajaan dan Swasta, Maktab Rendah Sains MARA dan penyertaan individu .Jumlah penyertaan pada tahun 2008 merupakan jumlah penyertaan tertinggi sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 2001. Pertandingan yang diadili oleh 70 orang pengadil dari pelbagai agensi ini telah menawarkan 60 pingat emas, 117 pingat perak dan 143 pingat gangsa.

UTHM turut berbangga apabila penyertaan tunggal Pusat Pengajian Kemanusiaan Dan Komunikasi yang menghantar Saudara Lam Kah Hoe, pelajar tahun 2, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik melalui ciptaan yang diberi nama COMSKET, telah berjaya memenangi pingat emas seterusnya menempatkan ciptaannya antara 60 hasil ciptaan/projek terbaik dalam pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa pihak Universiti sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha-usaha membentuk budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan seluruh warganya termasuk para pelajar. Selain itu, kejayaan ini telah membuktikan bahawa sistem pembelajaran di UTHM berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, berdaya saing serta mampu menjadi modal insan yang dapat memacu pembangunan negara.

Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar, Naib Canselor UTHM turut meluangkan masa menghadiri pameran tersebut. Kehadiran beliau amat dirasai oleh para peserta UTHM yang menyertai pameran ini kerana membuktikan sokongan kuat dan harapan yang cukup tinggi dari pihak universiti terhadap usaha mencapai faktor kejayaan kritikal pertama Universiti dengan cara meneruskan kelestarian pencapaian unggul dalam bidang penyelidikan dan inovasi dikalangan seluruh warga UTHM.

Selain itu, pameran yang diadakan ini turut membuka peluang yang cukup luas dalam membantu penyelidik UTHM mengkomersilkan produk-produk yang telah dihasilkan. Lebih 50 orang pelawat dari pelbagai syarikat dan agensi, dari dalam dan luar negara telah hadir ke ruang pameran UTHM untuk mendapatkan maklumat lanjut terhadap produk-produk yang dipamerkan. Sungguh membanggakan apabila terdapat sebilangan daripada mereka telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dalam bentuk jalinan perniagaan dengan beberapa orang penyelidik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat serta pihak fakulti/pusat yang telah membantu memberikan kerjasama yang cukup baik.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya memperolehi pingat dalam pertandingan ini dan kepada yang tidak berjaya, diharapkan agar terus mencuba lagi di masa-masa yang akan datang. Semoga usaha dan komitmen yang telah diberikan dapat membantu membawa UTHM ke arah kegemilangan….

‘DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA’

Oleh Pn. Norliah Yaakub
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi


Tahniah!!!

SDRI NOR SUHAILA BUANG - JOHAN LAGU TRADISIONAL KREATIF DI FESTIVAL LAGU ASLI MAKUM 2008

Pada 18 - 19 Januari 2008 yang lalu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah menganjurkan Festival Lagu Asli MAKUM bertempat di universiti tersebut. UTHM telah menghantar dua orang wakil iaitu Abd Hafiz Baharuddin (FKAAS) bagi kategori Lagu Asli dan Nor Suhaila Buang (FKAAS) bagi kategori Lagu Tradisional Kreatif.

Pertandingan ini telah disertai oleh 17 buah IPTA seluruh Malaysia dengan jumlah penyertaan seramai 32 orang mahasiswa/i. Keputusannya Nor Suhaila telah menjadi JOHAN di dalam kategori yang disertainya dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000 beserta piala dan sijil. Pencapaian ini cukup membanggakan kerana ianya merupakan penyertaan pertama Nor Suhaila di dalam pertandingan ini dan merupakan kejayaan pertama universiti di dalam pertandingan nyanyian.

Diharapkan kejayaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar UTHM untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan di universiti. Semoga selepas ini, banyak lagi kejayaan dapat dicapai oleh pelajar-pelajar UTHM di dalam pertandingan-pertandingan yang disertai di peringkat IPTA mahupun antarabangsa. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kedua-dua wakil universiti kerana telah mengharumkan nama UTHM.


Oleh,
Ahmad Khirul Nizam Ali
Penolong Pendaftar (Unit Kebudayaan), PKSK

Hubungi:

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Perhubungan Awam
Pejabat Canselori
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel :074537025
Emel:zainiz@uthm.edu.my/ fauzi@uthm.edu.my

 

 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja , Batu Pahat, Johor
http://www.uthm.edu.my