BERITA 2006 |
Pemilihan Sebagai Ahli Penuh The Institution Of Surveyors Malaysia (MISM) mengukuhkan hubungan kerjasama antara UTHM dan Industri.
Universiti mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Prof. Sr. Dr. Maziah binti Ismail, Sr. Dr. David Martin @ Daud Juanil dan Sr. Dr. Wan Zahari bin Wan Yusoff dari Fakulti Pengurusan Teknologi kerana telah dipilih dan diperakukan sebagai Ahli Penuh kepada badan profesional The Institution of Surveyors Malaysia (ISM) dengan gelaran Sr. (Surveyor). Pemilihan tersebut adalah sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan kepakaran mereka dalam bidang Property Consultancy and Valuation Surveying (PCVS).

ISM merupakan sebuah badan profesional yang ditubuhkan pada 2 Disember 1961. Tujuan penubuhannya adalah untuk membangunkan standard praktis profesional dan etika dalam bidang ukur(surveying). Ia juga merupakan institut yang mengawal selia mutu dan kualiti profesional dalam bidang ini melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti persidangan, seminar, pembangunan profesional berterusan (CPD), peperiksaan profesional dan sebagainya. Kerajaan telah mengiktiraf ahli ISM sebagai ahli profesional di mana seseorang itu layak dianugerahkan gelaran Sr. melalui keahlian ISM, serta meletakkan singkatan M.I.S.M dibelakang namanya.

Presiden ISM ialah Dato' Sr. Hj. Abdullah Thalith bin Md Thani merupakan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tanah, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau dibantu oleh Timbalan Presiden, Sr. Hj. Saharuddin bin Saat dan naib-naib Presiden yang mewakili setiap bidang iaitu Sr. Ahmad Fauzi bin Nordin (Geomatik dan Ukur Tanah), Prof. Madya Sr. Wan Abdullah (Ukur Bahan), Sr. Sarkunan Subramaniam (Perundingan Harta Tanah dan Penilaian) dan Dato' Sr. Dr. Kamaruddin bin Mohd. Nor (Ukur Bangunan).

Pemilihan serta perakuan itu amat bermakna kepada fakulti kerana telah membuktikan bahawa pengendalian kursus berkaitan harta tanah yang dijalankan oleh Fakulti selama ini telah mendapat pengiktirafan badan profesional tersebut. Semoga dengan pemilihan keahlian penuh tersebut berupaya meningkatkan nama baik universiti serta meningkatkan keyakinan umum terutama pelajar kepada kursus-kursus yang dijalankan di Fakulti Pengurusan Teknologi, UTHM. Tambahan lagi MOC (Momurandum of Cooperation) akan ditandatangani sempena Persidangan Fasific Real Estate Sociaty Conference di Hotel Istana pada 20 hingga 23 Januari 2008 bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang erat antara UTHM dan ISM.

Oleh Siti Hasnah Hud
Fakulti Pengurusan Teknologi

UTHM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Prof. Dr. Mohd Zarar bin Mohd Jenu dan Syarfa’ Zahirah Sapuan staf, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah berjaya mengharumkan nama Universiti di peringkat antarabangsa dengan menerima pengiktirafan ”Best Paper Award” sempena ”2007 Asia Pacific Conference on Applied Electromagnetics”. Persidangan ini telah diadakan pada 4 hingga 6 Disember 2007 bertempat di Renaissance Hotel Melaka. Anugerah ini telah diberikan bagi kertas kerja bertajuk “Shielding Effectiveness and S 21 of a Rectangular Enclosure with Aperture and Wire Penetration”. Panel juri dari luar negara seramai 3 orang yang merupakan Fellow IEEE telah membuat pemilihan berkenaan dari sebanyak 152 kertas kerja yang telah dibentangkan dari dalam dan luar negara (India, Korea, Australia, Iran, Indonesia, Iraq, Japan, China, UK, Taiwan). Anugerah ini diharapkan akan mendorong kepada peningkatan kualiti penyelidikan di universiti ini ke arah Universiti Bertaraf Dunia menjelang 2013.

DEKAN FPTEK, DEKAN PERTAMA BERGELAR PROFESOR PELAWAT LUAR NEGARA


Tahniah kepada Profesor Dr. Jailani bin Md. Yunos, Dekan Fakulti Pendidikan kerana kepakaran beliau menarik perhatian pihak antarabangsa apabila dilantik sebagai Profesor Pelawat di Institut Technick and Bildung, Universitat of Bremen, Germany. Pelantikan ini amat membanggakan dan membuktikan kredibiliti Universiti dalam memberi perkhidmatan akademik bertaraf antarabangsa kepada pelajar UTHM. Beliau turut dipertanggungjawab sebagai ketua penyelidik bagi UTHM dalam projek EU Asia-Link bersama-sama dengan Universitat of Bremen, Germany. Semoga kejayaan beliau menjadi penanda aras dan menyemarakkan semangat ahli akademik untuk menurut jejak langkah beliau mengharumkan nama di peringkat antarabangsa.

Oleh Asyarofah binti Othman
Fakulti Pendidikan Teknikal

PROF. DR. JAILANI DILANTIK PENGERUSI MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN IPTA MALAYSIA

Syabas diucapkan kepada Prof. Dr. Jailani bin Md Yunos, Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan IPTA Malaysia. Pelantikan ini berkuatkuasa bermula pada 18 November 2007 semasa Mesyuarat Majlis Dekan Pendidikan IPTA Malaysia kali ketujuh di Hotel Royal Adelphi, Seremban dan diumumkan oleh Prof. Dr. Zakaria bin Kasa, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) , Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap mantan Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan IPTA Malaysia. Prof. Dr. Jailani akan memegang tampuk pimpinan Majlis Dekan Pendidikan IPTA Malaysia selama dua tahun.

Oleh Asyarofah binti Othman
Fakulti Pendidikan Teknikal

Penyelidik UTHM Gondol 3 Pingat Emas Bukti Kecemerlangan Di Peringkat Antarabangsa!!!

Nuremberg 5 November 2007: Kejayaan yang membanggakan!!! Kecemerlangan dan pengiktirafan penyelidik Universiti diperingkat antarabangsa berterusan apabila Universiti berjaya mencuri tumpuan di dalam pertandingan International of Exhibition of Ideas-Invention New Product (IENA) 2007 di Nuremberg Jerman.

Universiti yang membariskan gabungan penyelidik junior dan senior telah berjaya membawa balik 3 emas dan 1 gangsa.

IENA 2007 telah berlangsung selama 4 hari dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan, pameran dan seminar berkaitan. Lebih daripada 800 hasil penyelidikan daripada 12 buah negara dipertandingkan di IENA 2007 kali ini. Berikut disenaraikan hasil penyelidikan Universiti yang berjaya.

Strategi pihak universiti yang mempertaruhkan produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikormersilkan berjaya mengambil perhatian para juri pertandingan dan para pengunjung. Pelbagai pertanyaan dan minat telah diajukan oleh para pengunjung yang terdiri daripada orang perseorangan dan sektor swasta. Ini membuktikan bahawa hasil penyelidikan Universiti diterima dan diiktiraf baik dan praktis dipasaran Eropah.

Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penyelidik yang berjaya. Kejayaan ini tidak lain hanya membuktikan bahawa penyelidik Universiti setanding dan setaraf dengan penyelidik lain diperingkat antarabangsa. Adalah diharapkan agar kejayaan ini menjadi contoh kepada penyelidik Universiti lainnya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menghasilkan penemuan baru. Tahniah sekali lagi diucapkan!!!!!

Oleh Lutfan bin Jaes
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

 

Oleh Erwan Sulaiman
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

UTHM Perolehi RM 3,232,378.00 Untuk FRGS Fasa 1/2007


Keputusan Geran Penyelidikan Fundamental IPTA (FRGS) Fasa 1/2007 (Pusingan ke 2) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Geran Penyelidikan Fundamental IPTA (FRGS) Fasa 1/2007 (Pusingan ke 2) yang telah menerima keputusan masing-masing pada akhir Ogos 2007 yang lepas. Sebanyak 63 projek telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM 3,232,378.00. Berikut dilampirkan ringkasan jumlah projek serta peruntukan yang telah diluluskan.

 
Bil
Fakulti
Jumlah Lulus
Jumlah Peruntukan
 
 
1
FKAAS

25 PROJEK

RM1,574,700.00

 
 
2
FKMP
15 PROJEK
RM 994,000.00
 
 
3
FPTek
11 PROJEK
RM 267,178.00
 
 
4
FKEE
6 PROJEK
RM 214,000.00
 
 
5
PPS
4 PROJEK
RM 126,000.00
 
 
6
FTMM
1 PROJEK
RM 40,000.00
 
 
7
FPT
1 PROJEK
RM 16,500.00
 
JUMLAH
RM 3,232,378.00
 

Jumlah peruntukan yang dianggap besar ini membuktikan kepercayaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) terhadap kebolehan serta kualiti penyelidik Universiti dalam menjalankan penyelidikannya. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa-masa akan datang. Tahniah sekali lagi diucapkan!!!!

Oleh Lutfan bin Jaes
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

 
TAHNIAH!!!...1 PERAK 4 GANGSA

12 Ogos 2007: Kecemerlangan dalam bidang penyelidikan di UTHM terus menyerlah apabila Universiti baru-baru ini memenangi 1 Perak dan 4 Gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2007 (PECIPTA 07) yang berlangsung pada 10 hingga 12 Ogos 2007 lepas. Berikut adalah senarai kejayaan penyelidik Universiti daripada 19 produk yang dipertandingkan.

 
Bil
Hasil Penyelidikan
Penyelidik
Pingat
 
 
1
Encapsulated Road Pavement System (ERPS)- Innovative Road Pavement Construction On Soft Soil Using Innovative Prehydrated Geosynthetic Clay Liner

Mohd Idrus Hj Mohd Masirin (K)
D.C. Wijeyesekara
Mohd Nazri bin Mohideen
Amir Zaki bin Salikin

Silver

Transportation

 
 
2
Development of Monitoring System For Wafer Fabrication Cleanroom Using Labveiw 7.1 Software
Afandi bin Ahmad (K)
Muhamad Hairol bin Jabbar
Azlan bin Muharam
Azrin bin Subari
Muhammad Rusydan bin
Amir Hamzah
Mohd Hasrul bin Ishak
Bronze

Electrical & Electronics

 
 
3
Fluorescent Service Kit
Abdul Mutalib bin Leman
Sudarsan a/l Chandra Sekharan
Suziyana bte Ithnain
Abdul Rahman bin Omar
Bronze

Product Design

 
 
4
Industrial Air Pollution Monitoring System
Abdul Mutalib bin Leman (K)
Adnan bin Husain
Sudarsan a/l Chandra Sekharan
Suziyana bte Ithnain
Abdul Rahman bin Omar
Mohd Iffat bin Jamal Abd Nasir
Bronze

Industrial Equipment

 
 
5
Wireless Fever Monitor
Syarfa' Zahirah bte Sapuan

Mohd Zarar bin Mohd Jenu

Bronze

Electrical & Electronic

PECIPTA 07 yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi YB Dato' Mustapa Mohamed telah disertai di kalangan IPTA dan IPTS. Seramai 65 penilai daripada Institut Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan Kerajaan dan sektor swasta menilai hasil penyelidikan tersebut. Sebanyak 417 hasil penyelidikan dipertandingkan dan daripada jumlah tersebut hanya 167 hasil penyelidikan sahaja yang yang layak dianugerahkan pingat meliputi emas, perak dan gangsa.

Segala usaha dan kejayaan penyelidik Universiti di dalam PECIPTA 07 telah dikongsi bersama dengan Y. Bhg Dato' Naib Canselor apabila beliau sanggup meluangkan masa selama 2 hari untuk bersama-sama penyelidik dan akhirnya bersama-sama berkongsi kejayaan. Turut hadir pada majlis penutup PECIPTA 07 ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Bagi pihak warga Universiti, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPI) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penyelidik yang telah mewakili Universiti. Segala keringat dan usaha yang dicurahkan moga-moga berpanjangan dan sentiasa menghasilkan kecemerlangan untuk kemakmuran sejagat.

Oleh Lutfan bin Jaes
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

 
 

Hubungi:

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Perhubungan Awam
Pejabat Canselori
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel :074537025
Emel:zainiz@uthm.edu.my/ fauzi@uthm.edu.my

 

 

 

 

 

 

 

TAHNIAH

Profesor Dr. Jailani bin Md. Yunos

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IENA 2007 :

 

 

 



 
 

Petikan Akhbar Utusan Malaysia

Oleh SUNARTI KIBAT

KLUANG 9 Ogos – Pasangan suami isteri yang terkorban bersama tiga anak mereka dalam satu tragedi kebakaran di Kampung Tengah di sini awal pagi ini merupakan ayah dan ibu yang hidup dalam kesempitan kerana sebahagian besar pendapatan mereka digunakan untuk menyara keluarga dan membiayai pendidikan anak-anak.

Si suami, Kasmuri Jasman, 44, ialah seorang pekerja sebuah kilang mozek di sini dengan gaji yang sederhana.

Isterinya, Sufiah Abdul Karim, 41, pula seorang suri rumah tangga.

Bergaji hanya RM1,800 sebulan, Kasmuri menyara anak-anaknya seramai tujuh orang dengan tiga daripadanya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.

Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dua bilik dengan kadar sewa RM200 sebulan.

Pemilik rumah yang disewanya, Jaliah Osman, 60-an, berkata, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan wang.

Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.

“Kasmuri menggunakan sebahagian besar daripada wang yang dimiliki untuk membiayai tiga anaknya yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi,” kata Jaliah.

Jiran-jirannya percaya kebakaran pada pukul 3.30 pagi di rumah Kasmuri dan Sufiah di Lorong Osman Mohamad Salleh, Kampung Tengah di sini berpunca daripada api lilin.

Sejak lima hari lalu keluarga itu menggunakan api lilin untuk menerangi rumah.

Dalam kebakaran itu, Kasmuri, Sufiah serta dua anak lelaki mereka, Hishammuddin, 13 dan Izwanuddin, 9, dijumpai rentung bersama anak perempuan, Nurul Macella, 8.

Seorang lagi anak perempuan mangsa, Norfarhana Kasmuri, 15, terselamat kerana sempat melarikan diri melalui pintu depan dan kemudian menjerit meminta tolong.

Semasa kejadian, tiga daripada tujuh anak Kasmuri tidak berada di rumah kerana menuntut di tiga institusi pengajian tinggi tempatan iaitu anak sulungnya, Faezah, 20, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang; Salahuddin, 19, pelajar jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Batu Pahat dan Juliana, 18, pelajar kolej matrikulasi di Pulau Pinang.

Menurut Jaliah, keluarga itu yang menyewa di situ sejak 12 tahun lalu memang rapat dengannya dan dianggap saudara sendiri.

Hamzah Md. Said, 52, dan isterinya Jim Alias, 55, yang berjiran dengan Kasmuri memberitahu, keluarga lelaki itu menggunakan lilin sejak lima hari lalu selepas bekalan elektrik di rumah tersebut dipotong.

‘‘Yang saya tahu mereka memang menggunakan api lilin sebab bekalan elektrik dipotong. Kenapa dipotong tidak pula saya tahu,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di sini.

Hamzah merupakan jiran rapat kepada Kasmuri dan keluarganya yang terkorban dalam kebakaran rumah batu separuh papan itu.

Mayat Kasmuri ditemui dalam sebuah bilik air manakala Hishammuddin dijumpai di bilik lain yang terletak bersebelahan.

Mayat Sufiah pula ditemui bersama-sama dua lagi anaknya, Izwanuddin dan Nurul Macella, di pintu bahagian belakang rumah sewa tersebut. Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Wira Aeroback milik mangsa yang diletakkan di lorong sebelah kiri rumah tersebut.

Kebakaran itu disedari oleh Hamzah dan isterinya apabila mereka terdengar jeritan minta tolong daripada anak mangsa yang terselamat.

Sewaktu kejadian, Hamzah, isteri dan cucunya tidur di ruang tamu yang terletak di bahagian hadapan rumahnya yang berkembar dengan rumah Kasmuri yang terbakar.

Pegawai Operasi Bomba Kluang, Zahari Hassan memberitahu, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 pagi dan tiba di tempat kejadian 48 minit kemudian.

Sementara itu, isteri Hamzah, Jim menyifatkan dia dan suaminya bagaikan diberi nyawa baru kerana terselamat dalam kejadian tersebut gara-gara mereka memilih untuk tidur di ruang tamu dan tidak di dalam bilik seperti kebiasaan.

Jim berkata, seandainya mereka tidur di bilik tidur tersebut dia dan suaminya mungkin turut terkorban bersama-sama keluarga Kasmuri dan Sufiah.

 
 
LEBIH EMAS MILIK UTHM DI INTERVARSITI KE -32


Kejohanan Sukan Staf antara IPTA kali ke 32 yang bermula pada 16 hingga 23 Jun 2007. Kontigen Universiti Tun Husseinn Onn Malaysia telah berjaya membawa pulang 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa di kejohanan tersebut seperti butiran berikut;

 
Bil
Pingat
AcaraPemenang 
 
1
Emas
Lontar Peluru LMahyuzie bin Jenal 
 
2
Emas
Merejam Lembing LHairul Nizat bin Siban 
 
3
Emas
Lompat Jauh WNorliah binti Haji Ramli 
 
4
Emas
Tenpin Boling 4 Sepasukan Pasukan Tenpin Boling  
 
5
Perak
Boling Padang L Pasukan Boling Padang L  
 
6
Perak
CaturPasukan Catur L 
 
7
Gangsa
Lempar Cakera LMahyuzie bin Jenal 
 
8
Gangsa
Lontar Peluru WZaiton binti Mustafa  
 
9
Gangsa
Tarik Tali Pasukan Tarik Tali 

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada atlit-atlit yang berjaya mengharumkan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sesungguhnya kejayaan mereka membuktikan keseimbangan antara minda dan fizikal sihat menjadikan warga kerja mantap dalam apa jua bidang yang diceburi.

Oleh Asyarofah Othman, PRO
 
DULU... DESASISWA KINI... KOLEJ KEDIAMAN

Penukaran nama dan penjenamaan semula Desasiswa kepada Kolej Kediaman telah berkuatkuasa bermula Jun 2007. Penukaran nama adalah meliputi semua desasiswa seperti berikut;

Nama LamaNama Baru
Desasiswa Tun Syed NasirKolej Kediaman Tun Syed Nasir
Desasiswa Tun Dr. IsmailKolej Kediaman Tun Dr. Ismail
Desasiswa PangsapuriKolej Kediaman Perwira

Desasiswa Taman Melewar

Kolej Kediaman Melewar

Selain itu, sebuah kolej kediaman yang mula digunakan bermula kemasukan pelajar baru sesi 2007/2008 ini dinamakan Kolej Kediaman Tun Fatimah dan terletak berhadapan Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail berkapasiti seramai 1,000 penghuni.

Oleh Asyarofah Othman, PRO

 
 
 
KURSUS PENASIHATAN AKADEMIK


Pejabat Pengurusan Akademik dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah menjalankan Kursus Penasihatan Akademik kepada semua Staf Akademik di UTHM. Kursus Penasihatan Akademik diadakan sekali setahun kepada Staf Akademik yang merangkap Penasihat Akademik kepada pelajar. Ia diadakan 26 Jun 2007 bertempat di Dewan Kuliah 2, UTHM.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf akademik khususnya yang menjadi Penasihat Akademik berkaitan maklumat asas yang perlu ada untuk menjadi PA yang baik kepada pelajar. PA berperanan membimbing dan membantu pelajar ke arah mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Penasihat Akademik berkaitan dengan permasalahan yang sering berlaku kepada pelajar berkaitan dengan pembelajaran, kewangan, perancangan, pembelajaran dan sebagainya.

Peserta yang menghadiri kursus ini telah diberi pendedahan berkaitan 4 aspek penting iaitu Peraturan Akademik, Sistem PA Online, Sistem Penasihatan Akademik dan Asas KAunseling (Kajian Kes).

Melalui kursus ini diharap Staf Akademik yang dilantik sebagai Penasihat Akademik dapat lebih memahami tentang tanggungjawab dan peranan dalam membantu pelajar yang menghadapi masalah, memotivasikan pelajar di bawah seliaannya, memberi pemahaman kepada pelajar tentang pengurusan masa sesuai dengan keupayaan mereka dan membantu pelajar untuk mencapi kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

Mariana Mohd Hussin, PPA
 
BAKAL GRADUAN TIMBA KEMAHIRAN INSANIAH DALAM PROGRAM JOBSEEK 2007


Pelaksanaan program “Finishing School” di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya setiap IPTA menjalankan program pelengkap kepada pelajar sebelum mereka tamat pengajian bagi memastikan graduat yang dihasilkan dapat meningkatkan lagi kemahiran “soft skills” mereka terutamanya dalam penguasaan bahasa inggeris, komunikasi, kepimpinan, adaptabiliti, kemahiran menyelesaikan masalah dan ilmu keusahawanan.

Melalui program ini peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai ahli tidak lebih dari 7 hingga 8 orang peserta. Dari awal pembentukan kumpulan sehingga majlis penutup dapat dilihat pelajar begitu seronok mengikuti program ini. Ini dapat dilihat melalui sikap kerjasama dan tolak ansur yang ditunjukkan dalam kumpulan untuk memastikan tugasan yang diarahkan oleh fasilitator dapat diselesaikan. Melalui program ini juga para peserta dilatih untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris dimana setiap pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab dari fasilitator dijalankan dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini bukan sahaja untuk melatih pelajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi turut membuang sikap tidak yakin pelajar untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris.

Melalui program ini juga, peserta turut diberi pendedahan mengenai perniagaan dan keusahawanan. Para peserta telah ditugaskan untuk menjalankan perniagaan mereka dengan menjual barang-barang yang diperolehi dari Koperasi UTHM di sekitar Batu Pahat. Dari sini pelajar dilatih untuk merancang strategi perniagaan dari segi barang yang akan dijual dan kaedah yang akan dijalankan. Para peserta juga diberi pendedahan berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan melalui forum. Panel bagi forum ini adalah dijemput khas dari SME Bank Johor Bahru, Pejabat MARA Negeri Johor dan FCE Builder Corporation Sdn. Bhd.

Sepanjang program berlangsung, peserta yang terlibat telah diberikan input dan latihan praktikal berkaitan dengan kemahiran komunikasi dari segi penguasaan bahasa, temuduga, pembentangan dan pengurusan mesyuarat. Interpesonal: Etika dan moral, “Self Esteem” dan kebolehsuaian, Kepimpinan; kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, kepimpinan dan pendedahan kepada perniagaan dan keusahawanan.

Pada akhir program ini dalam majlis jamuan penutup seorang wakil peserta telah diberi peluang untuk berucap. Dalam ucapan beliau, berharap agar program seperti ini wajar diadakan lagi untuk masa akan datang bagi menerapkan kemahiran “soft skills” kepada bakal graduat. Ucapan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada mereka iaitu pelajar tahun 4 sesi 2007/ 2008 menimba pengalaman dan kemahiran sepanjang program berlangsung. Majlis telah diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama fasilitator terlibat.

Mariana Mohd Hussin, PPA
 
 
 

UTHM PEROLEHI 1 PERAK, 4 GANGSA SERTA BEST INNOVATION AWARD DI ITEX 07


Pada 18 hingga 20 Mei yang lepas, UTHM telah menyertai 18th Malaysia International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 07) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Sebanyak 9 penyertaan telah dipertaruhkan bagi tujuan penilaian dan dipertandingkan. Universiti telah menyertai pelbagai klasifikasi pertandingan dan bersaing dengan institusi penyelidikan lainnya di dalam bidang:

i. Automotive
ii. Manufacturing Process
iii. Household Item
iv. Educational Item
v. Building & Construction
vi. Transportation
vii. Industrial Equipment
viii. Agriculture

Keupayaan penyelidik Universiti dalam mempertandingkan hasil ciptaan dan inovasi mereka dalam pelbagai bidang menunjukkan tahap budaya mencipta dan penyelidikan yang semakin tinggi dikalangan staf Universiti.

Penyertaan pertandingan di ITEX 07 ini membawa hasil kejayaan dan pengiktirafan 1 perak dan 4 gangsa. Projek yang berjaya ialah

 
Bil
Tajuk Projek
Ketua Penyelidik
Pingat
 
 
1.
Indoor Air Quality Data Capture System (IAQ-dCap
En. Abdul Mutalib bin Leman
Perak
 
 
2.
Groceries Refreshing Cool Box For Transportation Application (GRI-COOL)
En. Abdul Mutalib bin Leman
Gangsa
 
 
3.
Pembakar Lemang Automatik Menggunakan Kawalan Logik (PLA 30 G)
Tn Hj Mohd Salleh bin Tahar
Gangsa
 
 
4.
Curriculum Invention In Training Curriculum Design: Embedding Project Oriented
Prof. Madya Dr. Noraini bte Kaprawi.
Gangsa
 
 
5.
Handy Ring Binder Hole Puncher*
Prof. Madya Hj Ayob bin Johari
Gangsa
 

Kejayaan ini bertambah manis dan berganda apabila penyertaan projek “Handy Ring Binder Hole Puncher” telah dianugerahkan Best Innovation Award daripada Taiwan Invention Products Promotion Association (TIPPA). Penganugerahan ini tidak lain hanya membuktikan bahawa idea dan hasil ciptaan penyelidik UTHM diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Moga dengan siri kejayaan berterusan ini akan menyemarakkan lagi budaya menyelidik dan mencipta dikalangan staf Universiti. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!!!

Oleh : Lutfan Jaes, Pusat Penyelidikan & Inovasi
 
2 PERAK DAN 1 GANGSA DI “THE NATIONAL RESEARCH AND INNOVATION COMPETITION” (NIRC 2007)


Rentetan kejayaan di kalangan staf penyelidik Universiti di ITEX 07 turut diikuti di kalangan pelajar-pelajarnya. Ini terbukti apabila para pelajar UTHM yang buat pertama kalinya menyertai “The National Research and Innovation Competition (NIRC 2007) berjaya membawa balik 2 perak dan 1 gangsa.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, USM, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar serta Bahagian Penyelidikan & Inovasi, USM
Pulau Pinang ini berlangsung pada 20 hingga 25 Mei 2007 yang lepas dan disertai oleh 12 IPTA dan IPTS. Berikut adalah kejayaan yang dicapai:

 
Bil
Tajuk Projek
Ketua Penyelidik
Pingat
 
 
1.
Plain Strain Fracture Toughness Analysis
Sdr Irwanbudiana bin Amsah
Perak
 
 
2.
Automatic Test Cases Generation Based On Source Codes
Sdr Tiu Kian Yong
Perak
 
 
3.
Development Of Monitoring System For Wafer Fabrication Cleanroom Using Labveiw 7.1 Sopftware
Sdr Azlan bin Muharam
Gangsa
 

Universiti telah menghantar 17 penyertaan di dalam 4 kategori meliputi i.) Engineering & Technology, ii.) Information Technology and Communication, iii.) Fundamental Science dan iv.) Health and Medical Science. Sebanyak 150 hasil penyelidikan dipertandingkan secara keseluruhannya oleh semua IPT terlibat. Melalui 17 penyertaan, seramai 45 orang pelajar telah menyertai delegasi besar UTHM (1 projek = 3 peserta). Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar UTHM telah mendapat penghargaan khusus semasa ucapan perasmian yang dirasmikan oleh Pemangku Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Omar bin Osman.

NIRC 2007 benar-benar merupakan hadiah besar dan sangat bermakna kepada semua peserta yang terpilih. Ini kerana peserta berpendapat melalui cara ini usaha mereka dihargai dan penerapan budaya dunia penyelidikan sebenar dapat mereka rasai. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!!!

Oleh : Lutfan Jaes, Pusat Penyelidikan & Inovasi
 
 
TAHNIAH!
Encik Muhammad Najib Bin Mohd. Razali
Atas pelantikan menjadi penasihat persidangan (conference advisor) untuk tempoh setahun mulai Disember 2006 sehingga Disember 2007 kepada International Business Information Association (IBIMA) yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.
ULTERA UP-1 BOARD LINE TRACKER ROBOT COMPETITION

 

 
 
STAF FPT DILANTIK MENJADI PENASIHAT PERSIDANGAN INTERNATIONAL BUSINESS INFORMATION MANAGEMENT ASSOCIATION, NEW YORK

Staff Fakulti Pengurusan Teknologi, Encik Muhammad Najib Bin Mohd. Razali telah dilantik menjadi penasihat persidangan (conference advisor) untuk tempoh setahun mulai Disember 2006 sehingga Disember 2007 kepada International Business Information Association (IBIMA) yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.

IBIMA merupakan sebuah persatuan profesional yang menggabungkan pakar akademik dan industri dalam bidang teknologi maklumat dan perniagaan yang aktif menganjurkan persidangan antarabangsa.Selain itu, persatuan ini juga aktif dalam menerbitkan jurnal dan buku- buku akademik. Encik Muhammad Najib sendiri telah beberapa kali membentangkan kertas kerja dalam bidang perniagaan harta tanah di persidangan ini seperti di Jerman, Mesir dan Itali.

Pelantikan ini meletakkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai satu-satunya universiti awam dari Malaysia yang menjadi penasihat persidangan ini. Antara universiti-universiti dunia yang menjadi penasihat persidangan antarabangsa ini ialah Beijing University of Technology, University of Karlsruhe (TH) Germany, University Technology of Sydney Australia, Cardiff University UK dan Monash University.

 
 
MALAM ANUGERAH PELAJAR 2006
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, telah menganjurkan Majlis Malam Anugerah Pelajar Tahun 2006 pada 30 Mac 2007, bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Program ini diadakan bertujuan memberi penganugerahan kepada persatuan / kelab dan para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum agar dapat membantu melahirkan mahasiswa UTHM yang seimbang dalam bidang akademik serta bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Adham bin Baba, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada majlis ini juga sebanyak 15 kategori anugerah telah dipertandingkan. Keputusan pemilihan telah menyaksikan Anugerah Mahasiswa Gemilang (Siswa) telah dimenangi oleh Saudara Kong Chin Tuan, Anugerah Mahasiswa Gemilang (Siswi) telah dimenangi oleh Saudari Nur Asyikin binti Kamaruddin, Anugerah Olahragawan dimenangi oleh Mohd Adlizul Ihsan bin Roslee, Anugerah Olahragawati dimenangi oleh Maizatulakmar binti Mohd Yusop, Anugerah Seni Budaya dimenangi oleh Hanafi bin Khamis, Anugerah Kepimpinan Terbaik dimenangi oleh Saudara Suria Affendi bin Amirrudin, Anugerah Pasukan Sukan Terbaik dimenangi oleh Pasukan Pencak Silat dan Anugerah Kelab Terbaik pula dimenangi oleh Kelab Silat Cekak Hanafi.


 
 
KARNIVAL KERJAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2007
Pada 24 dan 25 Mac 2007, Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Perubahan masa yang sangat mendadak menyebabkan kita sukar untuk mengejar segala perkembangan mutakhir. Pembaharuan yang datang tiada batas waktu bahkan seringkali bersifat serentak dan sukar diramal kemunculannya. Perubahan ekonomi, globalisasi dan perubahan teknologi memberi kesan langsung terhadap dunia pekerjaan.

Menyedari hakikat ini, pihak Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar UTHM di bawah Unit Hubungan Majikan (UHM) menganjurkan “Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Johor 2007” dengan mendokong matlamat untuk membantu pelajar dan masyarakat merealisasikan impian untuk mendapatkan maklumat dan peluang pekerjaan. Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Johor amnya mengenai prospek dunia pekerjaan sebenar serta memberi gambaran awal kepada mahasiswa dalam membuat persediaan menuju ke alam pekerjaan.

5000 orang pengunjung telah hadir ke Karnival Kerjaya ini meliputi mahasiswa UTHM, masyarakat setempat, pelajar-pelajar pengajian tinggi, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah serta pengunjung dari lain-lain tempat. Di antara pengisian utama program Karnival Kerjaya 2007 ini ialah pameran dari syarikat-syarikat yang akan memberi maklumat mengenai peluang-peluang kerjaya serta maklumat mengenai bidang keutamaan syarikat itu sendiri kepada pengunjung-pengunjung.

Syarikat awam dan swasta juga telah menawarkan temuduga terbuka kepada calon-calon yang layak untuk mengisi sebanyak 500 kekosongan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat yang turut serta. 32 syarikat swasta dan awam telah mengambil bahagian dalam pameran pada kali ini.

Perasmian telah dibuat oleh Tuan Haji Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamad, Timbalan Pengarah Jab. Tenaga Kerja Sumber Manusia pada 24 Mac 2007, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Beliau berkata “Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah pengangguran, namun begitu penyelesaian masalah ini terletak pada kita (pencari pekerjaan) apa yang ingin kita capai, dan tidak ada orang yang akan mempedulikan diri kita, melainkan diri kita sendiri”.

Satu Majlis Menandatangani Perjanjian juga telah diadakan pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya di antara pihak UTHM dengan Jobmarket Malaysia Sdn. Bhd. Perjanjian ini adalah untuk membantu pelajar UTHM mendapatkan tempat Latihan Industri yang bersesuaian melalui sistem yang dimilik oleh syarikat berkenaan. Jabmarket Malaysia Sdn. Bhd. Telah diwakili oleh Prof. Datuk Abu Bakar bin Abdul Hamid Pengerusi Kumpulan Jobmarket Malaysia Sdn. Bhd. Dan UTHM diwakili oleh Naib Canselornya Prof. Datuk Dr. Ismail bin Bakar.

 
 
SEKALUNG TAHNIAH
kepada Y. Bhg. Naib Canselor Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar atas pengurniaan Bintang Dato' Setia DiRaja Kedah
 
 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja , Batu Pahat, Johor
http://www.uthm.edu.my