UNIVERSITI  TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BATU PAHAT, JOHOR

 

JAWATAN KOSONG

 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara tetap/kontrak/sementara seperti berikut :-

 

JAWATAN AKADEMIK

BIL.

NAMA JAWATAN

GRED

1

PROFESOR

KHAS C / VK7

2

PROFESOR MADYA

DS53

3

PENSYARAH UNIVERSITI

DS45/DS51

4

GURU BAHASA

DG41

5

TUTOR

DA41

6

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR)

J41

 

Borang jawatan akademik Download

Borang jawatan Profesor & Prof. Madya Download

Borang jawatan Kontrak Akademik Download

 

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN BAGI JAWATAN AKADEMIK

 

[a].          FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR

 

Kejuruteraan Geoteknik * Kejuruteraan Alam Sekitar * Kejuruteraan Sumber Air * Kejuruteraan Struktur * Kejuruteraan Bahan * Bio Kejuruteraan / Kejuruteraan Bio Teknologi * Kejuruteraan Pembinaan  * Kejuruteraan Geoteknik * Kejuruteraan Jalan Raya dan Pengangkutan

 

[b].          FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

 

Automotive Engineering  *  Combustion  *  Dynamics  *  Mechanics  *  Strength of Material  *  Design Engineering  *  Thermodynamics  *  Fluid Power Engineering  *  Aeronautical Engineering  *  Plant Engineering  *  Fluid Mechanics  *  Air-conditioning and Refrigeration  *  Automation and Control  *  Safety Engineering  *  Maintenance Engineering  *  Packaging and Textile Technology

 

[c].          FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

 

Image Processing & Computer Vision  *  Computer Network & Artificial Intelligent  *  Computer Architecture & System Design  *  Industrial Automation Technology  *  Electronic Information Technology  *  Biotechnology In Electrical Engineering  * Artificial Intelligence in Electrical Engineering  *Electronics (Audio & Video)  *  Micro electric (Integrated Circuit)  *  Process Control and Instrumentation  *  Industrial Robotics  *  Mobile Robotics  *  Industrial Automation  *  Industrial Electronics  *  Electrical Machines and Drives  *  Power Electronics  *  Industrial Power Systems  *   Renewable Energy  *  Power Quality  *  Power System Design  *  Power System Protection  *  Wireless Communications  *  RF and Microwave Engineering  *  Optical Communications  *  Data Communications  *  Digital Communications  *  Satellite Communications  *  Digital Signal Processing  * Ionospheric Propagation  *  Electromagnetic Compatibility

 

[d].          FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI

 

Teknologi Pembuatan  *  Penyelidikan Operasi  *  Penilaian Teknologi  *  Technology Forecasting  *  Pengurusan Kualiti  *  Sains Pengurusan  *  Statistik  *  Architectural (Technical Drawing & Studio)  * Kejuruteraan Awam (Struktur)  *  Undang-undang & Kontrak (Pembinaan)  * Pengurusan Fasiliti & Harta Tanah  *  Pelaburan, Pentaksiran dan Penilaian Harta Tanah

 

[e].          FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

 

Elektrik & Elektronik  *  Mekanikal Am / Pembuatan  *  Senibina / Awam  *  Hospitaliti (Pengurusan Hotel / Katering / Pelancongan)  *  Mekanikal Automotif  *  Mekanikal Penyaman Udara  *  Mekanikal (Mekatronik)  *  Pentadbiran Pendidikan  *  Pengurusan & Kepimpinan  *  Psikologi  *  Falsafah  *  Sosiologi  *  Pedagogi  *  Teknologi Pendidikan  *  Kurikulum  *  Teknologi Maklumat  *  Aplikasi Multimedia  *  Bimbingan & Kaunseling  *  Pengukuran & Penilaian

 

[f].           FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN  MULTIMEDIA

 

                Multimedia * Keselamatan Maklumat * Pengkomputeran Internet

 

                (Keutamaan adalah bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya

 

[g].          PUSAT PENGAJIAN SAINS

 

Applied Mathematics  *  Computational Mathematics  *  Mathematics Mechanics  *  Mathematical Statistics  *  Applied Statistics  *  Statically Modeling  *  Optimization & Simulation  *  Instrumentation  *  Optic / Optoelectronic  *  Nanotechnology

 

[h].          PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI

 

Bahasa Inggeris (TESL)  *  Bahasa Jepun  *  Bahasa Korea  *  Bahasa Mandarin  *  Bahasa Rusia  *  Bahasa Thai  *  Sains Pembangunan / Psikologi / Sosiologi / Pembangunan Sumber Manusia / Sejarah / Hubungan Industri / Komunikasi

 

 

 

1.  SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

 

JAWATAN

PROFESOR

GRED KHAS C / VK

 

JADUAL GAJI          :               RM6595.99 – RM8247.94

 

KELAYAKAN           :

Pensyarah Universiti Gred DS53/DS54 layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C apabila telah :-

(a)      disahkan dalam perkhidmatan

(b)      mencapi tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;

(c)       lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; DAN

(d)      diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

 

JAWATAN

PROFESOR MADYA

GRED DS53

 

JADUAL GAJI          :               P1T1 RM4842.03 – P1T10 RM6797.08

                                                P2T1 RM5057.71 – P2T10 RM7117.13

                                                P3T1 RM5281.74 – P3T10 RM7448.31

 

KELAYAKAN           :

(a)    Ijazah   Sarjana   atau   Ijazah   Doktor   Falsafah  (Ph.D)  dalam   bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(b)      membuktikan  tahap  kecemerlangan  akademik  yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah,  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;

(c)       mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; DAN

(d)    kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

JAWATAN

PENSYARAH UNIVERSITI

GRED DS45 / DS51

 

JADUAL GAJI          :               P1T1 RM2546.05 – P1T21 RM5484.96

GRED DS45                             P2T1 RM2642.06 – P2T21 RM5788.25

                                                P3T1 RM2742.25 – P3T21 RM6113.85

 

JADUAL GAJI          :               P1T1 RM4573.47 – P1T10 RM6439.44

GRED DS51                             P2T1 RM4789.15 – P2T10 RM6730.27

                                                P3T1 RM5013.18 – P3T10 RM7029.45

 

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS45  :

(a)    Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

(c)    kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS51  :

(a)    mempunyai kelayakan jawatan gred DS45 di atas;

(b)    membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan lain-lain syarat yang munasabah yang ditetapkan oleh LPU, UTHM

(c)    mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang berkenaan yang berkaitan;

 

JAWATAN

GURU BAHASA

GRED DG41

 

JADUAL GAJI          :               P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85

                                                P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12

                                                P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19

 

KELAYAKAN           :

(a)    Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 3.0 dan ke atas) DAN

(b)    kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

JAWATAN

TUTOR

GRED DA41

 

JADUAL GAJI          :               P1T1 RM1868.39 - P1T13 RM2953.79

P2T1 RM1963.01 - P2T13 RM3098.45

P3T1 RM2061.81 - P3T27 RM3247.41

 

KELAYAKAN           :

(a)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan (CGPA 3.0 ke atas) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, ATAU

(b)      Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, DAN

(c)       kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

JAWATAN

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR)

GRED J41

 

JADUAL GAJI          :               P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03

                                                P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88

                                                P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79ED

 

KELAYAKAN           :

(a)    Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 2.7 dan ke atas) DAN

(b)    lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

2.                    PENETAPAN GAJI PERMULAAN

 

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

 

3.             IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

 

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

 

4.             KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)

 

(a)                  Pinjaman Kenderaan

(b)                  Pinjaman Komputer

(c)                   Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan

 

5.             SYARAT-SYARAT UMUM

 

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

 

6.             PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

 

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.  Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

 

7.             CARA MEMOHON

 

(a)                  Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang beralamat seperti di bawah atau mengemukakan permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 25.5sm x 17.5sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di http://www.uthm.edu.my

 

(c)            Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-

 

Pejabat Pendaftar

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

86400 Parit Raja

Batu Pahat, Johor

No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537107 / 07-4537108

 

(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan)

 

(d)            Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-

(i)             tidak lengkap atau tidak terang;

(ii)            tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;

(iii)           tidak menulis nombor kad pengenalan;

(iii)                 tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

(iv)                 tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.

 

8.             TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

Jawatan Akademik                   -               Terbuka

 

9.             KETERANGAN AM

 

(a)                   Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.

(b)                   Calon-calon   yang  berjaya  disenarai  pendek  sahaja akan dipanggil temuduga.

(c)                   Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

 

TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.