Pusat Teknologi Maklumat (PTM) akan menganjurkan program 'ICT@UTHM Johor 2009' pada 15 & 16 Julai 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dewan Terbuka dan Dataran Anggerik UTHM. Pelbagai acara seperti pameran,demonstrasi sistem yang dibangunkan oleh PTM, ceramah, forum, kursus-kursus berkaitan ICT, jualan komputer dan peralatan ICT akan diadakan sepanjang program ini berlangsung. Orang ramai dijemput hadir.