Email:
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
URL:
Pelajar semester 1 Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV) akan menganjurkan program “Exhibition Of Educational Technology In Technical and Vocational Education 6 (ECTIVE 6)”. Kami menjemput semua pelajar yang berminat untuk datang beramai-ramai memeriahkan lagi pameran yang dianjurkan. Butiran program adalah seperti berikut:
Program : ECTIVE 6
Tarikh : 31 Mac 2008 ( Isnin )
Masa : 8.30 am - 5.00 pm
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Objektif utama program ini adalah untuk mempersembahkan hasil teknologi pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan terkini yang boleh diketengahkan sebagai bahan pengajaran komersial. Sehubungan dengan itu, pihak kami sekali lagi mengalu-alukan kehadiran anda semua bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. “TVET TOWARDS GLOBAL TECHNOLOGIES”