Karnival Aktiviti Pelajar 2012 bertujuan untuk mempromosi kelab-kelab yang ada di UTHM di samping mendapatkan keahlian baru di kalangan mahasiswa mahasiswi UTHM. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pameran, persembahan, futsal, usahawan muda, debat, pertandingan teh tarik, pertandingan memasak dan juga pertandingan fotografi.