| Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk warga FPTP sempena Hari Kecergasan UTHM |
|
|
|
8 Mei FPTP. Sempena Hari Kecergasan UTHM yang telah dilaksanakan pada 8 Mei 2012 (Selasa), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan telah menganjurkan Program Pemeriksaan Percuma untuk warga fakulti.
Program sukarelawan ini diadakan bertujuan untuk menambah kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri dengan cara senaman berjadual dan kawalan pemakanan yang seimbang. Jenis ujian yang dijalankan (secara digital) adalah seperti berikut:- 1) Ujian Tekanan Darah Tinggi 2) Ujian "Body Mass Index" BMI
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf akademik, staf pentadbiran, juruteknik dan pekerja pembersihan fakulti. Melalui program ini, diharap agar kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan dalam kalangan staf dapat ditingkatkan melalui pengetahuan tentang penjagaan kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di samping dapat melahirkan masyarakat yang berilmu serta mementingkan mutu kesihatan dalam hidup. Justeru, pihak fakulti merancang untuk mengadakan program seperti ini dari masa ke masa sebagai langkah bijak dan memupuk kesedaran penjagaan kepada seluruh warga fakulti.
Pihak fakulti mengucapkan terima kasih kepada En Hezil B Mansor dan En Zailizam B Paiman di atas inisiatif menganjurkan program tersebut. |
|
| Last Updated ( Khamis, 10 Mei 2012 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |