Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Karnival Sukan Staf ke-10 galakkan kakitangan UTHM bersukan
Karnival Sukan Staf ke-10 galakkan kakitangan UTHM bersukan Print E-mail
Hear this article
Karnival Sukan Staf kali ke-10, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang berlangsung pada 16 Mei lalu.

Karnival yang bermula pada 2 April hingga 9 Mei lalu telah menghimpunkan sebilangan atlet untuk turut serta dalam 19 acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan ialah olahraga, bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, tenis, bola tampar, ping pong, catur, badminton dan hoki. Selain Kampus induk UTHM, beberapa lokasi lain sekitar bandar Batu Pahat dan Johor Bahru turut menjadi medan pertandingan beberapa acara.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Staf ke-10 telah diadakan di Stadium UTHM dan disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin. Dalam ucapannya beliau berkata UTHM telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti gimnasium, stadium, padang, gelanggang dan peralatan sukan untuk menggalakkan warganya melibatkan diri dalam bidang ini.

"Saya berharap kakitangan UTHM akan sentiasa mengambil peluang yang ada dengan menggunakan segala kemudahan sukan secara optimum untuk tampil cergas dan sihat, di samping untuk mengembangkan lagi bakat dan prestasi masing-masing," katanya.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Majlis penutupan kali ini juga menyaksikan pertandingan perbarisan antara kontijen. Kumpulan G yang terdiri daripada Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Pejabat Naib Canselor, Pusat Islam dan Pusat Pembangunan Akademik telah dinobatkan sebagai pemenang kepada acara tersebut.

Manakala kumpulan H yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan, Pejabat Penerbit dan Pejabat Antarabangsa pula merangkul anugerah Juara Keseluruhan bagi Karnival Sukan Staf kali ke-10 ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Wahid Razzaly; Timbalan Pengerusi KSKUiTTHO, Profesor Madya Haji Sapon Ibrahim serta beberapa pegawai kanan universiti.

Karnival Sukan Staf ke-10 merupakan kejohanan sukan tahunan anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Biro Sukan KSKUiTTHO, UTHM. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan UTHM melibatkan diri dalam bidang sukan di samping menerapkan budaya hidup yang sihat dan cergas. Karnival kali ke-10 ini juga sebagai platform mencari bakat-bakat baru untuk persediaan pasukan UTHM menyertai Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6548
Last Updated ( Selasa, 22 Mei 2012 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
20 May 2013 12:04
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.