| UTHM Gondol 20 Pingat dalam ITEX 2012 |
|
|
KLCC, Mei 2012 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 5 pingat Emas, 12 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 23rd International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2012 (ITEX'12) yang berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2012 lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
UTHM telah meraih lima pingat emas melalui hasil penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik(FKEE), Prof. Madya Dr. Hussain Othman (FKEE), Dr. Muhammad Yusof Ismail (FKEE), Dr. Ahmad Rizal Madar (Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional) dan Dr. Anika Zafiah Mohd Rus (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan). Lebih dari 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan. Pertandingan ini juga mendapat penyertaan daripada pelbagai negara seperti Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.
Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada industri dan pelbagai agensi yang menilai melalui beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.
Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2012 serta semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2012. Disediakan oleh ICC, ORICC
KEPUTUSAN PENYERTAAN PENYELIDIK UTHM DALAM PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI SEMPENA 23rd INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2012
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Rabu, 23 Mei 2012 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |