Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Lawatan Pertama Pemeriksa Luar Ke Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) FPTP
Lawatan Pertama Pemeriksa Luar Ke Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) FPTP Print E-mail
Hear this article
Lawatan pertama Prof. Madya Dr. Sr. Rosli Abdul Rashid  dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), selaku Pemeriksa Luar Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM telah berlangsung  selama 2 hari, iaitu bermula pada 14 Mei sehingga 15 Mei 2012.
 
Aktiviti hari pertama bermula dengan sesi pertemuan ramah mesra dan  perbincangan  antara staf akademik JPP berkenaan beberapa perkara antaranya ialah;

i.        Mengenalpasti beberapa perkara yang boleh diberi perhatian untuk memantapkan lagi kurikulum program yang ditawarkan;

ii.        Membincangkan cadangan bagi menawarkan Program Baru iaitu Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah Pengurusan Pembinaan.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya di Kompleks FPTP, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hari kedua pula menyaksikan seramai 3 orang pelajar peringkat pengajian siswazah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Manakala seramai 4 orang pelajar peringkat Sarjana Muda juga berjaya  membentangkan Projek Sarjana Muda (PSM1) untuk dinilai oleh Prof. Madya Dr. Sr. Rosli Abdul Rashid bersama  2 orang lagi panel penilai dari Jabatan Pengurusan Pembinaan.  Berdasarkan kepada pembentangan tersebut dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar telah menunjukkan hasil kerja yang berkualiti dan boleh dibanggakan. Walau bagaimanapun, pelajar perlu memperbaiki mutu kerja mereka dengan memperbanyakkan pembacaan dan membuat rujukan berdasarkan tahap atau standard kajian atau penyelidikan yang perlu dihasilkan.

Lawatan kerja pemeriksa telah mencapai objektifnya dan  memberi banyak faedah kepada staf Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) umumnya, dan Jabatan Pengurusan Pembinaan  (JPP) khasnya  dalam menambahbaik program sedia ada serta program pengajian yang bakal dijalankan kelak.
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 Mei 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.