News Archive
Lawatan Pertama Pemeriksa Luar Ke Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) FPTP | Lawatan Pertama Pemeriksa Luar Ke Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) FPTP |
|
|
|
Lawatan pertama Prof. Madya Dr. Sr. Rosli Abdul Rashid dari Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), selaku Pemeriksa Luar Jabatan Pengurusan
Pembinaan (JPP), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP),
UTHM telah berlangsung selama 2 hari, iaitu bermula pada 14 Mei
sehingga 15 Mei 2012.
Aktiviti hari pertama bermula dengan sesi pertemuan ramah mesra dan perbincangan antara staf akademik JPP berkenaan beberapa perkara antaranya ialah; i. Mengenalpasti beberapa perkara yang boleh diberi perhatian untuk memantapkan lagi kurikulum program yang ditawarkan; ii. Membincangkan cadangan bagi menawarkan Program Baru iaitu Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah Pengurusan Pembinaan. Selain itu, pelbagai aktiviti lain yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya di Kompleks FPTP, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hari kedua pula menyaksikan seramai 3 orang pelajar peringkat pengajian siswazah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Manakala seramai 4 orang pelajar peringkat Sarjana Muda juga berjaya membentangkan Projek Sarjana Muda (PSM1) untuk dinilai oleh Prof. Madya Dr. Sr. Rosli Abdul Rashid bersama 2 orang lagi panel penilai dari Jabatan Pengurusan Pembinaan. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar telah menunjukkan hasil kerja yang berkualiti dan boleh dibanggakan. Walau bagaimanapun, pelajar perlu memperbaiki mutu kerja mereka dengan memperbanyakkan pembacaan dan membuat rujukan berdasarkan tahap atau standard kajian atau penyelidikan yang perlu dihasilkan. Lawatan kerja pemeriksa telah mencapai objektifnya dan memberi banyak faedah kepada staf Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) umumnya, dan Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) khasnya dalam menambahbaik program sedia ada serta program pengajian yang bakal dijalankan kelak. |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |