Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM lancar Kempen Berbasikal dalam Kampus
UTHM lancar Kempen Berbasikal dalam Kampus Print E-mail
Hear this article

Bagi menyokong usaha kelestarian kampus, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan melancarkan Kempen Berbasikal dalam Kampus pada 26 Jun ini bertempat di padang kawad UTHM.

 Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga kampus meminimumkan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus dengan menggunakan basikal sebagai pengangkutan alternatif untuk ke tempat kuliah, masjid mahupun pejabat.

 Ia juga untuk memberi kesedaran kepada warganya menghargai alam sekitar dengan cara mengurangkan pembebasan karbon monoksida berlebihan dari enjin kenderaan. Selain itu, program ini juga adalah untuk membudayakan cara hidup sihat dengan menjadikan senaman berbasikal sebagai rutin harian.

 Sebanyak 100 unit basikal akan diedarkan kepada tiga kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman Tun Fatimah untuk kegunaan para penghuninya. Kesemua basikal tersebut adalah hasil sumbangan daripada Ahli Senat UTHM, UTHM Holdings dan juga beberapa kakitangan universiti.

 Penganjuran kempen berbasikal ini diselaraskan oleh Pusat Perumahan Dan Pengangkutan Pelajar (P2P) dengan kerjasama Unit Kampus Lestari,UTHM.

 Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin dijangka akan menyempurnakan majlis pelancaran kempen tersebut dan beliau akan turut menyertai konvoi berbasikal mengelilingi kampus. Upacara pelepasan konvoi tersebut akan dimulakan dengan acara Senaman Kecergasan 1Malaysia.

 Seluruh warga kampus dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis Pelancaran Kempen Berbasikal dalam Kampus ini.

 

 

 

 

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 May 2013 15:14
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.