Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM juara Pertandingan Debat Alam Sekitar
UTHM juara Pertandingan Debat Alam Sekitar Print E-mail
Hear this article
Pasukan Debat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bergelar juara setelah berjaya menewaskan tuan rumah Universiti Malaya pada Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT yang berlangsung pada 3 Julai baru-baru ini.

UTHM memperolehi kemenangan tersebut setelah melalui beberapa peringkat saringan yang kesemuanya melibatkan 27 pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) seluruh Malaysia. Kejayaan tersebut menjadikan UTHM sebagai universiti teknikal pertama yang memecah benteng kejuaraan yang sebelum ini hanya dipelopori oleh beberapa universiti sahaja.

Pasukan UTHM yang terdiri daripada empat orang peserta itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8000 beserta piala iringan, tiket penerbangan dan sijil penyertaan.

Pertandingan debat yang bertemakan "Negara Maju Dalang Pemanasan Global" telah menuntut setiap pasukan membuat persediaan rapi melalui pembacaan, kajian dan penghayatan terhadap isu tempatan dan antarabangsa. UTHM menyahut cabaran ini dengan membuat persediaan yang secukupnya sebelum menterjemahkannya dalam bentuk perbahasan kepada penonton.  

Pertandingan Debat Alam Sekitar yang menggunakan bahasa melayu ini telah mencatat sejarah kerana tahun ini genap 20 tahun usia penganjurannya sekaligus menjadi pertandingan debat tertua di Malaysia dan paling mendapat sambutan daripada IPT seluruh Malaysia.

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.