Penyelidikan
Pusat Kecemerlangan | Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC) |
|
|
|
Pengenalan
Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC Center) telah diluluskan penubuhannya bagi menjalankan penyelidikan, perundingan dan pengujian keserasian elektromagnet (EMC) terhadap peralatan elektrik dan elektronik yang terdapat di industri, saintifik, perubatan, domestik dan ketenteraan. Ia adalah pusat kecemerlangan yang pertama diwujudkan di universiti ini dan sehingga kini adalah merupakan peneraju dalam bidang EMC di negara ini selain SIRIM Berhad. Pusat ini telah membangun dengan pesatnya dan mula dikenali di dalam dan luar negara. Ramai pelawat telah datang untuk melihat kemudahan di pusat ini dan pada keseluruhannya mereka berpuashati terhadap kemudahan yang disediakan. Kemudahan yang ada adalah yang terbaik berbanding mana-mana universiti di rantau ini. Penguatkuasaan peraturan Keserasian Elektromagnetik (EMC) ke atas produk-produk elektrik dan elektronik yang dipasarkan di Amerika, Kesatuan Eropah (EC), Jepun dan negara-negara lain di dunia telah memberi cabaran yang signifikan kepada pengeluar-pengeluar tempatan. Kegagalan mematuhi standard yang relevan ini akan memudaratkan pengeksportan kepada kepentingan para pengguna. Bagi mengelakkan ketidakpatuhan pengeluaran, pertimbangan terhadap peraturan EMC sewajarnya digunakan ke atas produk-produk akhir di dalam semua aspek pembangunan produk. Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC) telah ditubuhkan sebagai pusat yang menyediakan kemudahan-kemudahan pengujian bagi pra-pematuhan dan pematuhan EMC kepada pengeluar-pengeluar yang ingin menjalankan ujian di peringkat rekabentuk dan pengeluaran ke atas produk-produk mereka. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengujian ke atas produk-produk gagal-uji, bahkan ia turut mempertingkatkan kebolehupayaan pembangunan dan pengeluaran bagi sesebuah syarikat. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti khidmat rundingan dan membaik pulih kegagalan sesuatu produk.
Ketua PTJ
Prof. Dr. Mohd Zarar bin Mohd Jenu
Hubungi Kami
Pusat Keserasian Elektromagnet (EMC)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor No. Tel : 07-453 7190 No. Fax : 07-453 7628 Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Laman Web : http://web.uthm.edu.my/emc/
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Khamis, 08 Mei 2008 ) |