Login | FAQs | About UTHM Portal
Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter) Cetak Emel
Hear this article
Pengenalan

Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter) telah diluluskan penubuhannya bagi menjalankan penyelidikan, perundingan dan pengujian keserasian elektromagnet (EMC) terhadap peralatan elektrik dan elektronik yang terdapat di industri, saintifik, perubatan, domestik dan  ketenteraan. Ia adalah pusat kecemerlangan yang pertama diwujudkan di universiti ini dan sehingga kini adalah merupakan peneraju dalam bidang EMC di negara ini selain SIRIM Berhad. Pusat ini telah membangun dengan pesatnya dan mula dikenali di dalam dan luar negara. Ramai pelawat telah datang untuk melihat kemudahan di pusat ini dan pada keseluruhannya mereka berpuashati terhadap kemudahan yang disediakan. Kemudahan yang ada adalah yang terbaik berbanding mana-mana universiti di rantau ini.

Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter)) ke atas produk-produk elektrik dan elektronik yang dipasarkan di Amerika, Kesatuan Eropah (EC), Jepun dan negara-negara lain di dunia telah memberi cabaran yang signifikan kepada pengeluar-pengeluar tempatan. Kegagalan mematuhi standard yang relevan ini akan memudaratkan pengeksportan kepada kepentingan para pengguna. Bagi mengelakkan ketidakpatuhan pengeluaran, pertimbangan terhadap peraturan EMC sewajarnya digunakan ke atas produk-produk akhir di dalam semua aspek pembangunan produk.

Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter) telah ditubuhkan sebagai pusat yang menyediakan kemudahan-kemudahan pengujian bagi pra-pematuhan dan pematuhan EMC kepada pengeluar-pengeluar yang ingin menjalankan ujian di peringkat rekabentuk dan pengeluaran ke atas produk-produk mereka. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengujian ke atas produk-produk gagal-uji, bahkan ia turut mempertingkatkan kebolehupayaan pembangunan dan pengeluaran bagi sesebuah syarikat. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti khidmat rundingan dan membaik pulih kegagalan sesuatu produk.

Ketua PTJ

Prof. Dr. Mohd Zarar bin Mohd Jenu

Hubungi Kami

Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel        : 07-453 7353/ 8501 / 7628
No. Fax       : 07-453 6999
Emel           : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Laman Web : http://emc.uthm.edu.my

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 20 Mac 2014 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.