Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Akademik arrow Fakulti arrow Teknologi Kejuruteraan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Cetak Emel
Hear this article

Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diasaskan pada bulan Julai 2012. Kewujudan fakulti ini adalah untuk melaksanakan program akademik teknologi kejuruteraan yang merangkumi aspek teori asas sambil menekankan aplikasi teori dan kerja-kerja praktikal di makmal, bengkel dan industri.

FTK menawarkan program akademik kepada pelajar di peringkat Sarjana Muda. Program teknologi kejuruteraan telah distrukturkan supaya lebih cenderung praktikal berbanding progam kejuruteraan yang berasaskan sains konvensional. Prospek kerjaya teknologis kejuruteraan merangkumi spektrum yang luas daripada pembangunan produk, pengeluaran, pembinaan, dan penambahbaikan fungsi operasi kejuruteraan.

Keunikan program yang ditawarkan adalah pelajar akan didedahkan kepada latihan yang cenderung praktikal selain dari mengikuti kursus berbentuk teori di bidang teknologi kejuruteraan dengan pemberatan 60% amali dan 40% teori. Pelajar juga dibimbing oleh staf akademik professional yang berkelayakan dan berpengalaman di bidang masing-masing. Pelajar juga akan dipupuk untuk menjadi graduan yang dinamik, kreatif dan beretika dengan menyemaikan kemahiran insaniah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Di akhir program, FTK akan menghasilkan graduan yang berupaya untuk bersaing dan memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dalam industri dan komuniti. 

Visi


Menjadi peneraju kecemerlangan dalam menjana dan mengaplikasikan pengetahuan teknologi kejuruteraan untuk pembangunan lestari.

Misi


FTK komited melahirkan graduan yang dinamik, kreatif dan beretika yang akan menerajui aplikasi teknologi kejuruteraan untuk memenuhi keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid.

Jabatan


FTK mempunyai 4 buah jabatan iaitu:

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia

Program yang ditawarkan


Fakulti Teknologi Kejuruteraan menawarkan program seperti berikut: 

1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian. 

2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian. 

3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) dengan Kepujian. 

4. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automasi Industri dengan Kepujian. 

5. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian. 

6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer dengan Kepujian. 

7. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Tekstil dengan Kepujian. 

8. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan dengan Kepujian. 

9. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian. 

10. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian. 

11. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian. 

12. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian

 

Hubungi Kami


Fakulti Teknologi Kejuruteraan 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, 

Malaysia.

Tel: +(60)7-4537599/7595

E-mail:   Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya


Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 03 Ogos 2012 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 Mei 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.