| 165 kakitangan UTHM terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 |
|
|
|
Seramai 165 Kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011 dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Tunk
u Ibrahim Ismail, UTHM pada 18 Julai baru-baru ini.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang telah diberi oleh warga kerja UTHM. Menurut Pendaftar UTHM, Encik Sulam Hamid; APC bukan sahaja satu pengiktirafan kepada mereka yang berprestasi tinggi, tetapi anugerah ini juga sebagai salah satu mekanisme pengiktirafan kepada warga kerja universiti sekiranya mereka berjaya mengekalkan kualiti perkhidmatan mereka pada satu tahap yang tertinggi. Selain APC, majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian beberapa anugerah lain seperti Anugerah Jasa Bakti kepada 204 orang kakitangan yang telah ber
khidmat lebih daripada 10 tahun dan Anugerah Khas Panel Pembangunan Sumber Manusia kepada 100 orang kakitangan yang dikenalpasti berpotensi tinggi untuk mendapat pengiktirafan. Kedua-dua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pendaftar,UTHM.Sebelum itu, Encik Sulam Hamid turut menyampaikan watikah pelantikan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kepada 28 kakitangan yang mewakili setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) yang ada di UTHM. APC kali ini juga menyaksikan penyampaian Anugerah Penerbitan Universiti bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka yang terlibat dalam bidang penerbitan seperti penerbitan buku, artikel jurnal, makalah, kertas kerja persidangan dan juga modul pembelajaran. Anugerah yang telah disampaikan oleh Penolong Naib Canselor (Pembangunan), Profesor Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad dipecahkan mengikut beberapa kategori iaitu kategori Anugerah Hadiah Khas Fakulti, Anugerah Buku Terlaris, Anugerah Buku Terbaik, Anugerah Penulis Muda dan Anugerah Tokoh Penerbitan Universiti. Dr. Rozilah Kasim dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) telah menerima anugerah Tokoh Penerbitan sementara Profesor Madya Dr. Abdul Mutalib Leman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) pula menerima anugerah Penulis Muda. Majlis anugerah yang dihadiri oleh lebih 500 kakitangan itu juga diselitkan dengan pelancaran kempen mengibar jalur gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan negara ke-55 yang bakal tiba tidak lama lagi. Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus Md. Hussin telah menyempurnakan upacara pelancaran kempen tersebut.Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Wahid Razzaly serta beberapa pegawai kanan universiti. |
|
| Last Updated ( Jumaat, 20 Julai 2012 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |