Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kor Sispa UTHM Juara Keseluruhan Perhimpunan Kor SISPA IPT Peringkat Kebangsaan
Kor Sispa UTHM Juara Keseluruhan Perhimpunan Kor SISPA IPT Peringkat Kebangsaan Print E-mail
Hear this article
Seramai 80 orang Pegawai Kadet termasuk 8 orang Pegawai Bersekutu, Penyelaras dan Jurulatih Kor SISPA UTHM telah menyertai Perhimpunan Kor SISPA IPT Peringkat Kebangsaan Kali ke-3 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari 14-18 Julai 2012. Perhimpunan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menguji dan mengukur tahap kemahiran yang diperolehi mahasiswa sepanjang mengikuti latihan Kor SISPA di IPT masing-masing.

Kor SISPA UTHM telah menyertai kesemua pertandingan yang diadakan iaitu Kawad Kaki, Menyelamat Tempat Tinggi, Melawan Kebakaran, Perawatan Awal, Menyelamat di Air, Membaca Peta dan juga Kayak. Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ishak bin Baba selaku Timbalan Komandan Kor SISPA UTHM dilantik sebagai Ketua Kontinjen manakala Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Khirul Nizam Ali, Pegawai Latihan dan Operasi Kor SISPA UTHM sebagai Timbalan Ketua Kontinjen untuk perhimpunan pada kali ini.

Dengan usaha gigih dan semangat juang yang tinggi, pada tahun ini Kor SISPA UTHM telah berjaya menjadi JUARA keseluruhan mengatasi 19 buah IPT yang lain. Satu pencapaian yang amat dibanggakan kerana pada perhimpunan kali pertama di UiTM, Shah Alam Kor SISPA UTHM mendapat tempat ke-4 manakala pada tahun 2011 di USIM mendapat tempat yang Ke-2 di dalam perhimpunan yang sama.
 
Bagi memastikan persiapan kontinjen pada tahun ini benar-benar mantap, latihan telah mula dijalankan pada penghujung bulan Jun lagi, dengan satu latihan pusat bersama UTM dan UniKL-MITEC yang diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) di Kluang, Johor. Kejayaan ini tidak akan datang tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan, Unit Pengangkutan, Pejabat Bendahari, Pejabat JPAM Daerah Batu Pahat, Pejabat JPAM Negeri Johor dan semua warga UTHM sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Diharapkan pada masa yang akan datang Kor SISPA UTHM akan dapat mengekalkan prestasi yang ada, terus maju dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan seterusnya menaikkan nama UTHM sebagai universiti yang terhebat di Malaysia.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

1  ) Petandingan  Kawad Kaki :   Johan
2  )  Melawan Kebakaran  :  Johan
3  )  Menyelamat Tempat Tinggi :   Naib Johan
4   ) Perawatan Awal :   -
5   ) Kayak    : Johan
6   ) Kemahiran Membaca Peta :   Ketiga
7   ) Kemahiran Menyelamat di Air :   Keempat

Oleh Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Khirul Nizam bin Ali, Pegawai Latihan & Operasi Kor SISPA UTHM
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 Mei 2013 15:14
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.