Laman Utama arrow Penyelidikan arrow Pusat Kecemerlangan
Pusat Latihan Lanjutan Teknologi Tekstil (ADTEC) Cetak Emel


Pengenalan

Pusat Latihan Lanjutan Teknologi Tekstil lebih di kenali sebagai ADTEC. Objektif penubuhannya adalah sebagai pusat rujukan tekstil terkemuka. Walaupun belum mampu untuk bergerak secara agresif, terutamanya dari segi penyelidikan dan perundingan, ADTEC mempunyai perancangan jangka panjang yang efektif dan kompeten. Ini kerana ramai pihak yang turut menyokong penubuhan ADTEC dan menyedari kepentingan ADTEC sebagai pusat kecemerlangan yang mampu memberi manfaat kepada industri tekstil di Malaysia.

ADTEC lebih memberi keutamaan kepada aktiviti meningkatkan kelengkapan peralatan, infrastruktur, penyelenggaraan serta latihan untuk kakitangan pusat kecemerlangan. Penyelenggaraan dibuat bagi memastikan peralatan berada dalam keadaan baik khususnya untuk tujuan latihan atau pembelajaran kepada umum.

ADTEC telah berusaha untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang berdaya saing dengan memberi penumpuan kepada tekstil percetakan selain membuka ruang dan peluang serta memberi pendedahan kepada golongan yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bidang ini. ADTEC juga turut berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan industri dan pusat-pusat akademik yang lain sejajar dengan misi ADTEC.
 
Ketua PTJ



Mohd Yusni bin Hashim (Penyelaras)

Hubungi Kami


Pusat Latihan Lanjutan Teknologi Tekstil (ADTEC)
Fakulti Kejuteraan Mekanikal & Pembuatan
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel        : 07-453 7881
No. Fax       :
Emel            : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Laman Web :

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 23 Februari 2008 )