Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Pelajar UTHM Naib Johan dalam Computing Challenge 2012
Pelajar UTHM Naib Johan dalam Computing Challenge 2012 Print E-mail
Hear this article
Muhammad Firdaus Kamarudin dan Mohamad Hafizi Abd Hamid, pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dinobatkan sebagai Naib Johan ketika menyertai pertandingan Computing Challenge 2012 yang berlangsung pada 20 Oktober lalu di Universiti Taylor.

Kejayaan meraih naib johan melayakkan kedua-dua peserta ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500. Johan pertandingan disandang oleh pasukan Kolej Damansara Utama, Pulau Pinang manakala tempat ketiga pula disandang oleh Kolej Tunku Abdul Rahman. Pertandingan anjuran Universiti Taylor ini mendapat sokongan penuh daripada Malaysian National Computer Confederation (MNCC) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Pertandingan yang melibatkan 20 pasukan dari institut pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia ini terbuka kepada pelajar IPT yang tidak melebihi umur 21 tahun dan terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian.

Pertandingan Computing Challenge 2012 ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pusingan awal dan pusingan akhir.UTHM merupakan satu-satunya IPTA yang berjaya melayakkan diri untuk ke pusingan akhir.Tiga pasukan terbaik yang telah disaring iaitu pasukan UTHM, Kolej Damansara Utama Pulau Pinang dan Kolej Tunku Abdul Rahman diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka mengenai pembangunan sesawang bagi menentukan kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

Kejayaan ini menjadi pendorong kepada UTHM untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh agar terus berjaya meraih kemenangan di pertandingan akan datang.
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.