Pentadbiran
Pusat Teknologi Maklumat | Pusat Teknologi Maklumat |
|
|
PENGENALAN
Pusat Teknologi Maklumat yang dulunya dikenali sebagai Pusat Komputer telah memulakan operasinya pada Disember 1994. Pada awal penubuhan, fungsinya sebagai Pusat Komputer lebih tertumpu kepada perkhidmatan perkomputeran untuk staf dan pelajar memandangkan penggunaan IT tidak begitu meluas pada ketika itu, namun kini pentadbiran Pusat Teknologi Maklumat menguruskan segala yang berkaitan dengan ICT di universiti samada daripada perisian, perkakasan dan infrastruktur malah perancangan ICT masa depan universiti. Dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh PTM hari ini tidak terbatas kepada pelajar dan staf sahaja, khidmat nasihat ICT juga diberikan kepada komuniti di sekitar universiti termasuk sekolah-sekolah dan penduduk sekeliling.
Dari segi pengurusan teknologi maklumat, PTM telah berjaya membantu pihak universiti dalam mengurustadbir dan memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelajar dan staf dari hari pertama mereka bersama universiti sehingga mereka meninggalkan universiti samada sebagai graduan bagi pelajar mahu pun sebagai pesara bagi staf. Ini dibantu dengan penggunaan aplikasi atas talian yang semakin meluas membolehkan perhubungan di antara staf dan pelajar dibuat dengan lebih baik walau di mana juga mereka berada. Manakala dari segi pembangunan infrastruktur ICT samada dari segi rangkaian komputer dan sebagainya PTM telah berjaya memberikan khidmat yang baik dengan berupaya menyambungkan kampus-kampus utama dengan dunia luar melalui laluan litar suwa yang diperolehi daripada Jaring dan juga TMNet. Rangkaian-rangkaian komputer kampus juga berhubung baik samada secara rangkaian fizikal seperti gentian fiber mahu pun rangkaian tanpa wayar (wireless) ke semua desasiswa UTHM dan juga kepada kampus bandar UTHM yang berada di Pekan Parit Raja. Prasarana yang terdiri daripada makmal-makmal komputer juga berjaya diuruskan dengan memberikan khidmat pandang dengar kepada para pelajar dan tenaga akademik universiti dalam membantu pembelajaran harian.
VISI
Berazam menerajui teknlogi informasi dan komunikasi terkini bagi merealisasikan matlamat visi dan misi UTHM. MISI Membangunkan infrastruktur dan meningkatkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi terkini dengan:
PENGARAH Dr. Kamaruddin Malik bin Mohamad HUBUNGI KAMI Pengurus Pusat Teknologi Maklumat UTHM 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor No. Tel : 07-453 7240/7243/3750 No. Fax : 07-453 6929 Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Laman Web : http://ptm.uthm.edu.my
|
|||
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 10 Ogos 2012 ) | |||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |