Login | FAQs | About UTHM Website
Laman Utama arrow Pentadbiran arrow Canselori arrow Pejabat Naib Canselor
Pejabat Naib Canselor Cetak Emel
Hear this article

 

PENGENALAN

Pejabat Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diluluskan penubuhannya melalui Jawatankuasa Eksekutif yang bersidang pada 18 April 2002. Pejabat Naib Canselor bertanggungjawab ke atas pengawasan am semua peraturan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti. Pejabat Naib Canselor juga boleh menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang diberi kepadanya oleh Perlembagaan, Statut, Akta, Kaedah dan Peraturan.Pentadbiran Pejabat Naib Canselor  diterajui oleh Timbalan Pendaftar Kanan dan setiap unit diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar/Penolong Pegawai Tadbir dengan dibantu oleh staf sokongan.

Objektif


  •  Mematuhi dan membudayakan pengurusan berkualiti di semua unit berasaskan standard yang ditetapkan seperti amalan 5S dan MS ISO 9001:2000. 
  • Menyelaras dan menguruskan aktiviti-aktiviti promosi/publisiti, pengantarabangsaan dalam dan luar Negara melalui MoU dan MoA, latihan industri dan pertukaran staf serta pelajar. 
  • Memantau pematuhan pelaksanaan dasar, peraturan dan garis panduan untuk memastikan urus tadbir Universiti, program akademik dan aktiviti pelajar memenuhi aspirasi universiti 
  • Memastikan sumber tenaga manusia mencukupi dan sesuai serta mendapat latihan pembangunan diri dan kemahiran untuk meningkatkan profesionalisme melalui program/latihan/kursus yang dikenalpasti. 
  • Membudayakan program pembelajaran sepanjang hayat. 
  • Membantu mengurus sumber kewangan bagi tujuan menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan khasnya yang dijalankan oleh pusat-pusat Kecemerlangan. 
  • Meningkatkan kemahiran dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam sistem pengurusan pentadbiran untuk mewujudkan e-pengurusan yang mantap dan mapan. 
  • Membantu Universiti mengenalpasti dan mewujudkan sumber pendapatan baru 
  • Membantu Universiti menyelaras dan menawarkan perkhidmatan perundangan dan penerbitan. 
  • Menyokong dan mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat melalui program kerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan serta masyarakat setempat 
  • Menyelaras pengumpulan serta penyebaran maklumat Universiti yang tepat dan terkini dalam usaha menyokong aktiviti-aktiviti perancangan, pemantauan dan publisiti untuk memenuhi keperluan stakeholder.

Fungsi


  •  Membantu Naib Canselor menjalankan pengawasan am ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan, keselamatan dan tatatertib di Universiti ini.
  • Membantu Naib Canselor memastikan tiap-tiap Pihak Berkuasa bertindak menurut kuasa yang ditetapkan kepadanya mengikut Akta, Perlembagaan, Statut-Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan yang dikuatkuasakan. 
  •  Membantu Naib Canselor dengan memberi perkhidmatan sokongan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, kebajikan, imej korporat dan perhubungan Universiti.  
  •  Menyelaras dan mengurus program-program lawatan rasmi ke Universiti dan lawatan pihak pengurusan Universiti ke luar negara.  
  •  Menyedia dan mengurus laporan pentadbiran Universiti.
  • Menguruskan semua perkara berkaitan dengan pengauditan dalaman Universiti. 
  • Menyelaras kerja-kerja pentadbiran yang melibatkan PTJ dengan Pihak Berkuasa Universiti.  
     

Struktur Organisasi

 

Staf


Senarai Staf Klik Di sini.


TIMBALAN PENDAFTAR


En. Naim bin Maslan


HUBUNGI


Pejabat Naib Canselor
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

Tel : 07-453 7020
Fax : 07-453 6548
Emel: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 15 Oktober 2010 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
03 Februari 2012 07:12
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color