Hal Ehwal Pelajar
Pusat
Kokurikulum & Kebudayaan | Pusat Kokurikulum & Kebudayaan |
|
|
PENGENALAN
Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan UTHM yang lebih dikenali sebagai PKSK terdiri dari Unit Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kokurikulum, Unit Sukan dan Unit Kebudayaan. Ditubuhkan pada 1 Januari 2005, pusat ini mempunyai kekuatan 20 orang staf untuk menjalankan segala aktiviti universiti bagi staf dan pelajar dalam bidang kokurikulum, sukan dan kebudayaan. Pada tahun 2007 lebih 180 aktiviti telah dilaksanakan oleh PKSK.
Jabatan Kokurikulum melaksanakan mata pelajaran wajib kokurikulum khas untuk pelajar yang didaftarkan dengan Pusat Pembangunan Akademik (PPA). Pada masa ini terdapat 42 mata pelajaran kokurikulum ditawarkan meliputi Pakaian Seragam, Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan.
Unit Kebudayaan pula melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti muzik, nyanyian, tarian, teater dan sebagainya yang berunsurkan budaya setiap kaum di Malaysia. Unit ini sering diundang oleh badan-badan kerajaan atau swasta untuk membuat persembahan di samping mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Selain dari itu Unit Kebudayaan juga adalah sekretariat kepada MAKUM selama dua tahun iaitu tahun 2007 dan 2008 di mana ia diberi kepercayaan untuk melaksanakan segala aktiviti dan pertandingan pringkat universiti-universiti Malaysia.
KETUA Tuan Haji Kamarudin bin Khalid HUBUNGI KAMI Pusat Kokurikulum & Kebudayaan UTHM 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor No. Tel : 07-453 7480/1/2 No. Fax : 07-453 6808 Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Laman Web : http://pksk.uthm.edu.my |
|||
| Terakhir dikemaskini ( Rabu, 07 September 2011 ) | |||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |