Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pasukan Hoki UTHM catat pencapaian terbaik di SUKUM
Pasukan Hoki UTHM catat pencapaian terbaik di SUKUM Print E-mail
Hear this article
Pasukan Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM), sekaligus menjadikan kemenangan ini sebagai salah satu pencapaian terbaik acara sukan UTHM sepanjang tahun ini.
 
Menurut Presiden Mohd Zairil Zainal, Kelab Hoki UTHM sebelum ini menyasarkan kedudukan empat terbaik pada kejohanan kali ke-39 ini yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia. Kejayaan merangkul tempat ketiga ini membuktikan program dan latihan yang dilakukan sebelum kejohanan sememangnya berkesan dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pasukan Hoki Staf UTHM di bawah bimbingan Muhamad Najib Yaakup menamatkan saingan di tempat ketiga selepas tewas kepada Universiti Sains Malaysia (USM) di peringkat separuh akhir. 

Untuk rekod, Skuad Hoki UTHM sebelum ini pernah menjuarai Kejohanan Hoki Malaysian Technical University Network (MTUN) pada Jun 2014 yang berlangsung di Padang Hoki UTHM. Manakala, Pasukan Hoki Pelajar Lelaki UTHM pula pernah merangkul kejuaraan di Kejohanan Hoki Divisyen 2, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada Mei 2014 yang berlangsung di Stadium Hoki Kuantan, Pahang.

Sementara itu Pengurus Pasukan Muhamad Faiz Omar berkata, pembangunan sukan hoki di UTHM perlu dipergiatkan dari peringkat awal lagi dengan menggalakkan lebih ramai pelajar dan staf menyertai sukan ini di samping memberi mereka ruang dan masa yang secukupnya untuk meningkatkan lagi kemahiran yang ada sebelum menyertai mana-mana pertandingan. 
Dengan terbentuknya satu komuniti besar Pasukan Hoki Staf Lelaki, Pelajar Lelaki dan Wanita UTHM ini, ianya akan dapat memudahkan lagi penganjuran sebarang aktiviti dan program berkaitan sukan hoki di sekitar Batu Pahat terutamanya di kawasan Parit Raja.

“Skuad hoki yang ada sekarang ini akan menjadi pelapis kepada pasukan senior pada masa akan datang. Kita akan memastikan segala sokongan dan bantuan dapat diberikan kepada Kelab Hoki UTHM untuk membentuk generasi baharu pemain-pemain hoki di UTHM,” katanya.

Penghujung tahun ini juga akan menyaksikan Pasukan Hoki Wanita UTHM akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Hoki Wanita Divisyen 2, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2014 yang akan berlangsung di Terengganu. Manakala Pasukan Hoki Pelajar Lelaki UTHM pula akan beraksi di Liga Hoki Divisyen 1 MASUM 2015. Latihan berterusan dan penerapan semangat kesukanan yang tinggi ini diharap dapat menjanjikan kejayaan kepada pasukan Hoki ini.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.