Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 150 peserta sertai Kejohanan Badminton Jemputan Piala Bendahari UTHM
150 peserta sertai Kejohanan Badminton Jemputan Piala Bendahari UTHM Print E-mail
Hear this article
Seramai 150 peserta dan pegawai sukan sekitar negeri Johor menyertai Kejohanan Badminton Jemputan Piala Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  bersempena Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke-14 pada 10 Oktober lalu.

Kejohanan ini merupakan anjuran Pasukan Badminton UTHM dan Pusat Sukan  universiti, dengan mempertandingkan sebanyak dua kategori iaitu Badminton Berpasukan Lelaki dan Badminton Berpasukan Wanita. 

Kejohanan yang melibatkan lapan pasukan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan komuniti setempat terutamanya dalam sukan badminton. Selain itu kejohanan ini juga dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan di samping mewujudkan persaingan secara sihat dalam bidang sukan.

Lagenda Badminton Negara, Datuk Dr. Misbun Dato’ Haji Sidek yang juga merupakan Penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pembangunan Insan semasa berlangsungnya majlis konvokesyen baru-baru ini telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah pada kemuncak kejohanan tersebut. Nasib menyebelahi Pasukan Badminton Batu Pahat apabila berjaya memenangi tempat pertama kategori berpasukan lelaki dan wanita.

Turut hadir, Bendahari UTHM, Tuan Haji. Misro Jerut dan Pengurus Pusat Sukan UTHM, Encik Azli Puddin.
Last Updated ( Selasa, 28 Oktober 2014 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.