Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM dan ITB berkolaborasi anjur Persidangan dan Seminar
UTHM dan ITB berkolaborasi anjur Persidangan dan Seminar Print E-mail
Hear this article
BANDUNG – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan  Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Program Studi Teknik Material, Fakultas Teknik Mesin dan Digantara (FTMD), Institut Teknologi Bandung (ITB) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (ICME2014) kali kelima bersama Seminar Kebangsaan Bahan dan Metalurgi (SENAMM) kali ketujuh pada 29 hingga 30 Oktober lalu.

Persidangan yang bertemakan “Advances in Mechanical, Materials and Manufacturing Engineering for Global Development” ini disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, bertempat di  Hotel Grand Preanger, Bandung.
Persidangan buat pertama kalinya dikendalikan secara bersama dengan institut pengajian luar negara ini telah menarik minat ramai penyelidik daripada pelbagai negara seperti Algeria, Jepun, Libya, Nigeria, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Manakala lebih 200 kertas kerja telah dibentangkan dan diterbitkan dalam jurnal Applied Mechanics and Materials yang diindeks oleh SCOPUS iaitu satu pangkalan data antarabangsa berkaitan jurnal yang dikendalikan oleh Trans Tech Publications (TTP).
 
Selain itu, penglibatan penyertaan daripada Indonesia juga telah meningkat jika bandingkan pada tahun-tahun sebelumnya pada persidangan tersebut. Penggabungan dua acara persidangan ini dilihat sebagai tali penghubung antara dua buah negara amnya dan dua buah institusi iaitu UTHM dan ITB, khususnya. Hal ini secara tidak langsung dapat melebarkan hubungan kerjasama di antara UTHM dan ITB khususnya kerjasama dalam bidang penyelidikan serta program pertukaran staf dan pelajar.

Satu sesi perkongsian ilmu turut diadakan melibatkan dua panel pengucap tama yang pakar dalam bidang kejuruteraan bahan dan pembuatan iaitu Profesor Madya Dr. Yusri Yusof daripada UTHM dan Profesor Dr. Ir. Mardjono Siswosuwarno daripada ITB. Sementara itu, UTHM dan ITB juga turut menandatangani deklarasi persefahaman bagi melaksanakan beberapa aktiviti yang dirancang secara bersama sebelum ini.

Bagi meneruskan usaha membawa nama UTHM ke peringkat antarabangsa, FKMP turut bertekad untuk meneruskan persidangan seperti ini pada tahun-tahun akan datang.
Last Updated ( Isnin, 10 November 2014 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.