Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM lancar Pusat Sumber Digital IASWJ
UTHM lancar Pusat Sumber Digital IASWJ Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melancarkan Pusat Sumber Digital Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) yang memuatkan sehingga 15,000 kandungan buku, jurnal dan manuskrip untuk rujukan pelajar dan masyarakat.

Penasihat IASWJ yang juga Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) UTHM, Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak Omar berkata pusat sumber di bawah projek IASWJ ini telah dibangunkan selama dua tahun dengan lima komponen difokuskan iaitu Pusat Sumber Digital, Klinik Hukum, Klinik Terapi Solat, Klinik Terapi Haji dan Klinik Kerohanian.

Menurutnya lagi, UTHM bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta untuk membangunkan Pusat Sumber maya pertama di Asia Tenggara ini dengan dengan memastikan kandungan buku digital itu selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

“Kerjasama ini bukan sahaja membabitkan soal penyediaan bahan-bahan ilmu Islamik secara digital, tetapi turut melibatkan penelitian rapi oleh kumpulan pakar bagi memastikan bahan tersebut benar-benar mengikut fahaman IAWSAJ. Bagaimanapun, kira-kira 150 000 buku lagi sedang dalam proses semakan pakar sebelum dimuatkan dalam bentuk digital,” katanya.

Pelancaran Pusat Sumber Digital IASWJ telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2 November lalu bertempat di perkarangan masjid UTHM. Pelancaran pusat tersebut merupakan salah satu rangka lawatan kerja beliau ke UTHM selain menyempurnakan beberapa acara lain.

Sebelum ini Menteri Pendidikan II tersebut pernah mencadangkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengunakan pendekatan Massive Open Online Course (MOOC) agar pelajar boleh mengakses kuliah mereka di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Justeru dengan penubuhan pusat sumber digital ini, UTHM  menjadi IPTA pertama di Malaysia yang memperkukuhkan pendekatan MOOC ini.

Bagi memudahkan pelajar dan masyarakat mengakses bahan pusat sumber digital tersebut, UTHM juga turut menyediakan kiosk berbentuk santai di perkarangan Pusat Islam, Masjid UTHM.

Untuk rekod, idea Penubuhan IASWJ di UTHM tercetus apabila Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga Canselor UTHM menitahkan supaya institusi di Johor menyediakan satu pusat sumber islam bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan ajaran agama ini berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sultan Johor bertitah demikian semasa berlangsungnya majlis Multaqa Ulama dan Ilmuan Johor sempena Hari Keputeraan Baginda pada 27 Mac 2012 lalu.

Selaras dengan misi UTHM iaitu komited mewujud dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri, komuniti dan modal insan yang kreatif berasaskan paradigma tauhid, penubuhan IASWJ ini dilihat sangat releven dan seiring dengan objektif penubuhannya. 

Pengguna Internet boleh mengakses Pusat Sumber Digital ini menerusi alamat www.iaswj.com
 
 
Last Updated ( Sabtu, 15 November 2014 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.