Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pasukan Futsal Lelaki dan Wanita raih kejayaan di Kejohanan Futsal Piala Menteri Pendidikan
Pasukan Futsal Lelaki dan Wanita raih kejayaan di Kejohanan Futsal Piala Menteri Pendidikan Print E-mail
Hear this article
Pasukan Futsal Pelajar Lelaki dan Wanita, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah muncul Juara dalam Sirkit berasingan di Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan 2014 yang berlangsung sekitar September dan Oktober lalu .
 
Pasukan Wanita di bawah bimbingan Encik Osman Abdul Rahman membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.00 di Sirkit Tengah dengan menewaskan pasukan pilihan UiTM 2-1 di perlawanan akhir dalam pertandingan yang berlangsung pada 18 hingga 21 September lalu. Lebih membanggakan apabila pemain UTHM Nurul Hamira Yusma pula telah dipilih sebagai Pemain Wanita Terbaik Sirkit Tengah. 

Manakala Pasukan Lelaki di bawah bimbingan Encik Mohd Asrul Nizam yang muncul Juara di Sirkit Sarawak membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00 dalam pertandingan yang berlangsung pada 7 hingga 13 Oktober lalu. Status pasukan bukan pilihan tidak menghalang untuk membuat kejutan dengan menewaskan UiTM 3-2 di Separuh Akhir dan KPTM Bangi di Akhir dengan jaringan 4-3 di masa tambahan. 

Sementara itu, pemain UTHM Mohd Nazmi Norrizal pula dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik Sirkit Sarawak. Kejayaan ini sekaligus melayakkan kedua-dua Pasukan Lelaki dan Wanita UTHM untuk beraksi di Grand Final Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan 2014 yang akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan. Kejohanan yang menghimpunkan semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti ini merupakan platform terbaik pemilihan pemain untuk pasukan kebangsaan sekaligus mampu melahirkan 'The Thinking Athlete' dalam arena sukan.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.