Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program ‘Hijrah Festival’ dorong masyarakat dalami ilmu Islamik dan Kemahiran
Program ‘Hijrah Festival’ dorong masyarakat dalami ilmu Islamik dan Kemahiran Print E-mail
Hear this article
200 pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bergabung tenaga melaksanakan Projek Jaringan Masyarakat “Hijrah Festival” yang melibatkan kira-kira 200 penduduk di beberapa buah kampung sekitar kawasan Parit Yaani, Batu Pahat pada 7 Ogos lalu.

Program berbentuk khidmat komuniti ini dilaksanakan bertujuan untuk mendekati masyarakat dengan cara berkongsi ilmu pengetahuan, tenaga dan kepakaran dalam sesuatu bidang selaras dengan misi UTHM iaitu mewujud dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi.

Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit dari Kursus Taranum, Kursus Kemahiran Al-Quran dan Qiraat, Kursus Imam dan Muazzin, Kursus Falak dan Kursus Fotografi telah bekerjasama menganjurkan aktiviti seperti mengadakan kelas fotografi, Pembelajaran Peta Bintang (kursus Falak) dan Kemahiran Quran khas untuk penduduk kampung. Selain itu, program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti memasak bubur lambuk dan makan tengahari secara bergotong-royong.  

Penganjuran kelas-kelas tersebut bertujuan untuk memupuk semangat mendalami ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran, fardhu ain dan kifayah, ilmu falak serta fotografi dalam kalangan penduduk kampung di samping untuk mengeratkan lagi hubungan antara universiti dengan masyarakat setempat. 

Program ini juga dilaksanakan untuk memberi pengalaman baru kepada para pelajar dalam usaha untuk menjalin mahabbah dan berkongsi pengetahuan khususnya bersama masyarakat setempat. Gabungan kerjasama daripada pelbagai kursus ini juga adalah untuk memberi input positif dalam kalangan peserta khususnya, dan warga desa amnya.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha dan Inovasi UTHM, Profesor Madya Haji Nawawi Jusoh.
Last Updated ( Rabu, 19 November 2014 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.