Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 27 Negara sertai Seminar WoCTVET
27 Negara sertai Seminar WoCTVET Print E-mail
Hear this article

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) melalui Pusat Pendidikan Teknik dan Vokasional Termaju (ACTiVE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan 4th World Congress on Technical Vocational Education and Training (WoCTVET 2014) pada 5 hingga 6 November lalu bertempat di Hotel Equotorial, Melaka.

Seminar ini telah berjaya menarik penyertaan 27 buah negara dengan penyertaan seramai 300 peserta dari Jerman, USA, Itali, Australia, Korea Selatan, Hong Kong, Nigeria, Indonesia, Filipina, China, Bangladesh, Bhutan, Fiji, India, Maldives, Mongolia, Myamar, Nepal, Pakistan, Papue New Guinea dan beberapa buah negara lain. 

Penganjuran seminar ini turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pengajian Politeknik, KPM serta Colombo Plan Staff College (CPSC), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), UNESCO-UNEVOC, SEAMEO-VOCTECH, dan Regional Association for Vocational Teacher Education (RAVTE).
 
Seminar yang bertemakan TVET Capacity Development: Career & Life Skills for 21st Century ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Harun. Hadir sama, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Haji Yunos Husin; Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau Melaka, YB Datuk Haji Ghazale Muhamad; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Mohlis Jaafar yang juga merupakan ahli lembaga pengarah UTHM dan Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin.

Seminar selama dua hari yang memfokuskan kepada enam sub tema utama iaitu Management & Leadership, Curriculum & Instruction, Information and Communication Technology (ICT), Assessment & Evaluation, Innovation & Educational Technology dan  Job and Career Development bukan sahaja menjadi landasan perbincangan secara  ilmiah dalam kalangan ahli sarjana, penyelidik, para pendidik TVET, pembuat dasar, pengamal-pengamal dalam bidang TVET dan para pelajar dari seluruh dunia tetapi juga memberi peluang kepada FPTV melebarkan jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa. Sekaligus ia mengukuhkan lagi peranan FPTV sebagai peneraju bidang TVET di Malaysia. 

Majlis penutupan WoCTVET ini pula telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Hashim Bin Saim. 

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.