Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM bawa pulang 6 pingat dalam MRC-IIE 2014
UTHM bawa pulang 6 pingat dalam MRC-IIE 2014 Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya membawa pulang dua pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam 9th Malaysian Road Conference, Invention & Innovation Exhibition(MRC-IIE 2014) yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC). 

Kesemua pingat tersebut telah diraih oleh tenaga pengajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Dr. Mohd Ezree Abdullah membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat perak, Dr. Nor Azizi Yusoff pula membawa pulang satu pingat emas, Dr. Saiful Azhar Ahmad Tajudin membawa pulang satu pingat Perak, manakala Dr. Aziman Madun dan Dr. Kamarudin Ambak masing-masing membawa pulang satu pingat Gangsa.

MRC-IIE 2014 ini merupakan program yang dianjurkan dengan kerjasama KKR Malaysia, JKR Malaysia, LLM, Construction Development Board (CIDB) REAM dan dibantu oleh Chartered Institution of Highways & Transportation (Malaysia Branch) serta Intelligent Transport System Association of Malaysia (ITS Malaysia). Tujuan utama penganjuran program adalah bagi menggalakkan pembangunan dan penyelidikan baharu dalam kalangan ahli akademik, jurutera, institut penyelidikan, pelajar-pelajar universiti serta badan kerajaan. Pameran ini juga turut diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan disenaraikan dalam salah satu kriteria Malaysian Research Assessment Instrument (MyRA).

Majlis perasmian pembukaan MRC 2014 telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya YB Dato' Sri Fadillah Haji Yusof yang turut mengambil kesempatan meluangkan masa melawat ke semua tapak pameran manakala majlis perasmian penutup pula disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Y.B. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin.

MRC-IIE 2014 telah menyaksikan pelbagai penyertaan daripada IPTA, IPTS dan agensi-agensi Kerajaan. Selain itu, pameran yang diadakan ini turut membuka peluang yang cukup luas dalam membantu penyelidik UTHM bagi mengkomersilkan produk-produk yang telah dihasilkan. Terdapat beberapa pihak seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan lain-lain lagi yang telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi jalinan kerjasama yang lebih erat dengan beberapa orang penyelidik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat serta pihak fakulti/pusat yang telah membantu memberikan kerjasama yang cukup baik serta ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya memperolehi pingat dalam pertandingan ini.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.