Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 34 Kelab dan Persatuan sertai Karnival Aktiviti Pelajar 2014
34 Kelab dan Persatuan sertai Karnival Aktiviti Pelajar 2014 Print E-mail
Hear this article
Sebanyak 34 kelab dan persatuan pelajar di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Karnival Aktiviti Pelajar yang berlangsung di sekitar kampus induk pada 13 hingga 15 November lalu.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan kelab atau persatuan di dalam UTHM di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mendaftar dan menjadi ahli dalam kelab atau persatuan yang terlibat. 

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali semua kelab atau persatuan yang berdaftar di UTHM  dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang selaras dengan hasrat universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga Kokurikulum. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung. Antaranya pameran daripada kelab dan persatuan, pertandingan petanque, futsal, seminar keusahawanan, explorace mega campus, seminar mempertahankan diri wanita, pertandingan fotografi, memasak, derma darah, senam seni 1Malaysia, persembahan badan beruniform, pertandingan kreativiti eskpirasiku, game online, fitness race, sawit war,gubahan bahan terpakai dan muscle rope. Setiap aktiviti yang dilaksanakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UTHM.

Karnival Aktiviti Pelajar di bawah kelolaan Pejabat Hal Ehwal Pelajar ini juga turut menyaksikan sebanyak 200 bungkus makanan telah diedarkan secara percuma kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim telah menyempurnakan majlis perasmian karnival tersebut yang berlangsung pada 15 November lalu. 

Beliau dalam ucapannya mengingatkan pelajar untuk tampil menyertai aktiviti-aktiviti sebegini bagi meningkatkan kemahiran insaniah di dalam diri. Menurutnya, Kemahiran bukan akademik yang digarap ini sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehkerjaan pasaran dan sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak. 

Beliau turut mengucapkan syabas kepada sekretariat pelajar dan staf yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.