Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 2000 atlit, petugas sertai UTHM STUDENT GAMES (USG) 2014
2000 atlit, petugas sertai UTHM STUDENT GAMES (USG) 2014 Print E-mail
Hear this article
      

Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan 18th UTHM Student Games 2014 pada 16 hingga 29 November 2014. Kejohanan yang dianjurkan ini telah mempertandingkan sebanyak 32 acara antaranya Badminton, Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw, Memanjat Tembok, Bola Tampar, Rowing Machine, Kayak, Petanque, Lawn bowls, Hoki dan lain-lain lagi. Seramai 2000 orang atlet, urusetia dan pegawai telah mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini. Selain itu 18th UTHM Student Games 2014 - Kampus Pagoh turut sama diadakan bagi memeriahkan lagi kejohanan. 

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk budaya bersukan dikalangan warga universiti dan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam sukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Universiti Malaysia. Selain itu kejohanan ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan serta bersaing secara sihat terutama dalam bidang sukan.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg Prof. Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan En. Azli Bin Puddin selaku Pengurus Pusat Sukan UTHM. Majlis turut diserikan dengan perbarisan daripada setiap acara sukan, persembahan bunga api, cabutan bertuah dan persembahan artis jemputan.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.