Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM menang Emas di ICC Kebangsaan 2014
UTHM menang Emas di ICC Kebangsaan 2014 Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya membawa pulang anugerah Emas (3 bintang) kategori Sektor Awam dalam Konvensyen Team Excellence (ICC) Kebangsaan 2014 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 

Konvensyen yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 24 hingga 26 November lalu ini mempertandingkan empat kategori iaitu Sektor Awam, Sektor Perkhidmatan, Sektor Perkilangan dan Sektor Elektrikal dan Elektronik.

Anugerah tersebut telah diraih oleh Kumpulan FIRUZ dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah melalui tajuk projek “KELEWATAN MENYUSUN BUKU DI RAK”. Kumpulan ini diwakili oleh Fasilitator, Encik Muhamad Azrul Hisam Saleh, Ketua Kumpulan; Puan Siti Raudhah Ruslan, Setiausaha; Raja Nor Azlan Sulaiman, En. Mohd Khairul Naser Ibrahim, Encik Md. Hafiz Abu Bakar, Encik Amizan Masri, Encik Abdul Rahim Mat Radzuan, Cik Azean Musrifah Rahim, Encik Mohammad Shaifulrip Ithnin dan Encik Norizan Noorman.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah NICC 2014 ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Disediakan oleh:
Unit Pengembangan Kompetensi
Pejabat Pendaftar
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.