Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Produk Penyelidikan EMCenter dapat pengiktirafan 'The Federation of Korean Industries'
Produk Penyelidikan EMCenter dapat pengiktirafan 'The Federation of Korean Industries' Print E-mail
Hear this article
Produk penyelidikan Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter) yang bertajuk  “Integrated Electrical Characterization System Using Coaxial Cell “ mendapat pengiktirafan dari The Federation of Korean Industries (FKI) apabila dianugerahkan pingat Emas dan Special Prize dalam 2014 Seoul International Invention Fair (SIFF 2014) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan dari 28 November hingga 1 Disember lalu.

Produk hasil kajian oleh Profesor Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu, Jafer Omer Suliman Azzabi dan Dr. Syarfa Zahirah Sapuan tersebut berkemampuan untuk mengukur Scattering Parameters atau parameter S sesuatu bahan dielektrik dengan mudah dan tepat bagi jangkauan frekuensi yang luas sehingga 2 GHz.

Kemudian dengan menggunakan kaedah Nicholson-Ross-Weir, parameter S tersebut dapat pula menjana nilai permittivity, permeability dan conductivity bahan dielektrik tersebut.  Apabila sifat elektriknya diketahui, dielektrik berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi seperti penebat dan penapis elektrik, penyerap gelombang elektromagnet, papan litar tercetak, pencirian tanah dan bahan komposit dan lain-lain.

Pengiktirafan dari FKI membuktikan penyelidikan di EMCenter adalah berorientasikan keperluan industri global. Produk ini berjaya menarik perhatian pihak industri di Korea kerana rekabentuk yang unik dan aplikasi yang meluas. Cabaran seterusnya adalah untuk proses pengkomersilan yang akan diusahakan dengan bantuan ORICC.

EMCenter juga berjaya mendapat pingat Emas bagi produk Engr. Dr. Erwan Sulaiman yang bertajuk “Field Excitation Flux Switching Motor” yang mempunyai aplikasi dalam rekabentuk sistem pemacu bagi kereta elektrik.

EMCenter menghargai sokongan yang diberikan oleh staf di Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC), pengurusan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan juga UTHM keseluruhannya dalam memastikan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di universiti ini.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.