Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 500 pelajar SISPA sertai OPKIM 2014
500 pelajar SISPA sertai OPKIM 2014 Print E-mail
Hear this article


Bagi mempamerkan semangat kesukarelawan yang ada, seramai 500 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Program Operasi Khidmat Masyarakat 2014 (OPKIM 2014) di Dun Sri Medan dari 5 hingga 7 Disember lalu. 

450 orang peserta program terdiri dari siswa siswi Pertahanan Awam,(SISPA UTHM) manakala 50 orang peserta lagi adalah dari sekretariat Pencegahan Rasuah, (SPRM UTHM) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Pelajar-pelajar ini telah diserahkan kepada 100 keluarga angkat dari sembilan buah kampung DUN Sri Medan yang terpilih. 

Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Parit Othman, Kampung Parit Sulong, Kampung Parit Laman Mukim 4, Kampung Parit Lapis Maimon, Kampung Parit Gantung, Kampung Parit Sentang Baru, Kampung Parit Pulai, Kampung Parit Raja Hamad dan Kampung Parit Mustafa.

Program ini diadakan bertujuan bagi mendorong pelajar UTHM mendekatkan diri dengan masyarakat di samping mempraktik dan menyebar ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari selaras dengan misi universiti yang komited mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti. Ini akan menyokong dan membantu pihak pengurusan SISPA UTHM dan institut pengajian tinggi dalam usaha melahirkan seorang mahasiswa merangkap pegawai yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Nilai-nilai murni amalan penduduk desa seperti hormat-menghormati, saling bertegur sapa, bergotong royong, ziarah menziarahi dan sebagainya adalah nilai-nilai mulia yang perlu dipupuk dan disemai kepada generasi muda hari ini supaya mereka mempunyai jati diri yang kukuh.

Justeru program anak angkat dan khidmat masyarakat ini adalah satu bentuk proses pembelajaran dan menambahkan kematangan kepada mereka bagi menerapkan nilai-nilai tersebut. Pengalaman ini perlu dilalui sendiri untuk membolehkan mereka menjadi lebih bertimbang rasa dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. 

Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program berlangsung, antaranya ialah penyerahan pelajar untuk dibimbing oleh keluarga angkat, Ceramah Suruhanjaya Pencengahan Rasuah, Ceramah Jabatan Pertahanan Awam, Pembelajaran balutan & alat pemadam api kecil, sukaneka bersama penduduk kampung, Malam kebudayaan dan Lawatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) setiap kampung. Kesemua aktiviti kemasyarakatan yang dapat memperkukuhkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi dengan penduduk di sini. Lebih meriah lagi, Program OPKIM 2014 ini  telah mendapat penajaan dan peruntukan dari Jabatan Pertahanan Awam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah serta Dun Sri Medan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim telah menyempurnakan majlis penutup tersebut yang berlangsung pada 7 Disember lalu. Beliau dalam ucapannya mengingatkan pelajar agar sentiasa meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Menurutnya program sebegini merupakan salah satu pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dihayati oleh setiap pelajar dan program ini perlu dianjurkan pada setiap tahun.
 
Turut hadir Y.A.S TPJ. (PA)  Hj Selamat Hj Dahalan, Jabatan Pertahanan Awam; Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ishak Baba; Timbalan Komandan SISPA UTHM; pegawai-pegawai Jpam; Pegawai-pegawai Bersekutu (PA) UTHM; pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah; Ketua-ketua kampung dan warga UTHM di samping mahasiswa yang memenuhi Dewan Sekolah Menengah Dato Sulaiman, Sri Medan.


 Disediakan Oleh: Kapten Bersekutu (PA) Ng Wee Fern SISPA UTHM
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.