Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Penarafan QS Star Rating- UTHM dapat penarafan 5 bintang dalam Pengajaran, Fasiliti dan Inovasi
Penarafan QS Star Rating- UTHM dapat penarafan 5 bintang dalam Pengajaran, Fasiliti dan Inovasi Print E-mail
Hear this article


Keunggulan UTHM sebagai universiti teknikal di Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang untuk kriteria pengajaran, fasiliti dan juga inovasi di dalam Audit Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating yang diumumkan semalam. 

QS Intelligence Unit iaitu salah satu organisasi audit berprestij yang berpusat di London dan terkenal sebagai salah satu organisasi pengauditan universiti melalui QS World Ranking. Keputusan audit ini sekali gus membuktikan keupayaan UTHM untuk bergerak setanding dengan universiti ternama lain di dalam dan luar negara serta membuktikan keupayaan UTHM untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia di masa akan datang.

Prasarana kampus yang kondusif dengan kewujudan infrastruktur moden seperti perpustakaan, bangunan fakulti yang baru serta lengkap dengan makmal terkini, dewan kuliah, pusat sukan dan kemudahan asrama yang selesa menjadikan universiti ini dapat menyediakan khidmat yang terbaik untuk pelajar dan juga para pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada ketika ini UTHM mempunyai 16 ribu orang pelajar yang mengikuti pelbagai program pengajian di peringkat Ph.D, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.

Kewujudan lapan buah fakulti iaitu; Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,  Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan dan Fakulti Teknologi Kejuteraan telah membantu UTHM untuk cemerlang bidang pengajaran melalui program-program yang ditawarkan.

Keputusan lima bintang bagi kriteria inovasi dicapai melalui hasil-hasil penciptaan yang berkualiti serta penghasilan paten serta produk yang bersandarkan pelbagai penemuan di dalam bidang kejuruteraan yang dihasilkan oleh para penyelidik UTHM. Pencapaian ini dapat menjadi sumber peransang kepada penyelidik UTHM untuk merancang strategi bagi memantapkan lagi aspek penerbitan yang menjadi asas penilaian kriteria penyelidikan.

Pencapaian cemerlang UTHM dalam aspek inovasi ini juga merupakan satu refleksi terhadap hasrat kerajaan yang mahukan institusi pengajian tinggi memberi sumbangan berimpak tinggi dalam sektor reka cipta dan inovasi negara.

Kejayaan UTHM untuk mendapat status tiga bintang bagi markah keseluruhan untuk lapan kriteria yang diaudit iaitu; penyelidikan, kebolehpasaran perkerjaan, pengajaran, fasiliti, pengantarabangsaan, inovasi, tarikan (engagement) serta kejuruteraan dan teknologi merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan jika dilihat dari sudut usia penubuhan Universiti ini yang baru menjangkau dua dekad.
Last Updated ( Khamis, 18 Disember 2014 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.