Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Penyelidik UTHM bawa pulang 7 pingat di Biotechnology Asia 2014
Penyelidik UTHM bawa pulang 7 pingat di Biotechnology Asia 2014 Print E-mail
Hear this article


Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat nasional apabila berjaya memperolehi satu pingat emas, satu pingat perak dan lima pingat gangsa dalam Pertandingan yang diadakan sempena Biotechnology Asia 2014 yang berlangsung pada 19 hingga 21 November  lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 

Penyertaan UTHM kali kedua dalam pameran ini menyaksikan Profesor Madya Dr. Norzila Othman dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar meraih pingat emas melalui produk ’Metal Removal and Antimicrobial Properties of Modified Watermelon Rind’.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari ini telah disempurnakan oleh Dato' Eisah A. Rahman, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi selaku wakil rasmi Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Pameran ini juga mendapat penyertaan lebih 100 produk hasil penyelidikan dan inovasi yang melibatkan peserta-peserta daripada institusi pengajian tinggi, syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan serta penyertaan dari Batam Indonesia Free Zone Authority (BIFZA).

Pertandingan ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada pihak industri dan pelbagai agensi yang telah membuat penilaian berdasarkan beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

Biotechnology Asia 2014 yang sebelum ini dikenali sebagai BioMalaysia ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.