Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Penyelidik WARAS terima Penghargaan UTHM
Penyelidik WARAS terima Penghargaan UTHM Print E-mail
Hear this article


Felo penyelidik Pusat Wayarles  dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima pengiktirafan daripada pihak universiti menerusi Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2014 dan Anugerah Penerbitan Universiti 2014 hasil penglibatan aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun 2012 dan 2013.
 
Majlis  Anugerah anjuran Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkormersilan dan Perindungan (ORICC), UTHM yang  diadakan pada 3 November lalu di Dewan Tunku Mahkota Ismail tersebut diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada para penyelidik universiti yang telah mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi. 

Daripada lapan kategori anugerah tesebut, penyelidik dari Kluster Penyelidikan Teknologi Antena dan Radio Frekuensi Pusat WARAS, Profesor Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail telah memenangi Anugerah Insentif Khas Naib Canselor dan Anugerah Insentif Khas Universiti yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin.
 
Kejayaan felo penyelidik Pusat WARAS dalam penerbitan buku ilmiah, artikel berindeks SCOPUS serta jemputan sebagai Pengucaptama dan Perunding antarabangsa turut meraih kejayaan dalam Anugerah Penerbitan Universiti 2014 yang telah dianjurkan buat kali keempat pada 4 November lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Kejayaan kumpulan penyelidik Pusat WARAS dalam kedua-dua anugerah tersebut telah menyuntik semangat kumpulan felo penyelidik WARAS untuk  terus meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi ke peringkat yang lebih dinamik selaras dengan misi dan visi universiti.

Berikut senarai felo penyelidik WARAS yang telah meraih kejayaan dalam Anugerah Penerbitan Universiti 2014.
 
 
  

Felo Penyelidik

Kluster Penyelidikan

Anugerah

Penghargaan Penerbitan SCOPUS

H-Index

Documents

Citations

Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail

Teknologi Antena dan Radio Frekunsi

Anugerah Penulis Muda

6

48

119

Anugerah Ke-2 Buku Terbaik

(Sains Teknologi dan Kejuruteraan)

Prof. Madya

Dr. Muhammad Mahadi Abdul Jamil

Multi-disciplinary Research

 

3

36

54

Prof. Dr. Maizam Alias

-

-

54

Dr. Fauziahanim Che Seman

Microwave Devices and Frequency Selective Surface

-

-

43

  *Sumber rasmi : Pejabat Penerbit, UTHM

 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.