Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM hantar dua mesin hemodialisis ke HUSM Kubang Kerian
UTHM hantar dua mesin hemodialisis ke HUSM Kubang Kerian Print E-mail
Hear this article


Batu Pahat – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghantar dua unit mesin hemodialisis miliknya ke Hospital Universiti Sains Malysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi membantu keperluan yang meningkat secara mendadak akibat banjir di negeri itu. 

Penghantaran mesin yang dibuat melalui penyelarasan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerja sama Universiti Sains Malaysia (USM) ini adalah sebahagian daripada bantuan kemanusiaan yang digerakkan di bawah Pusat Gerakan Bencana Alam UTHM yang mula beroperasi sejak 25 Disember yang lalu.

Dalam misi kedua penghantaran bantuan ini, selain dua mesin tersebut dan pelbagai barangan keperluan lain, UTHM turut menghantar seorang Doktor Perubatan dan tiga jururawatnya bagi membantu operasi khidmat hemodialisis di HUSM. 

Bencana banjir yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan peningkatan mendadak jumlah pesakit yang memerlukan khidmat hemodialisis. Menurut Dr. Zulkifli Taat yang mengetuai misi UTHM di HUSM, sejak beroperasi tiga hari yang lalu, setiap mesin hemodialisis hanya mampu menyediakan rawatan untuk 12 orang pesakit sehari. Jumlah ini dianggap kecil berbanding jumlah pesakit seramai 200 hingga 250 yang memerlukan rawatan tersebut di HUSM setiap hari.

Sementara itu, Pusat Gerakan Bencana Alam UTHM yang beroperasi 24 jam telah mula menghantar bantuan kemanusiaan ke Kuala Lipis pada 28 Disember yang lalu. Misi ketiga melibatkan pergerakan konvoi 11 buah kenderaan yang membawa pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, makanan, peralatan pembersihan serta tenaga sukarelawan ke Temerloh, Pahang dan Gua Musang Kelantan. 

UTHM juga akan menggerakkan seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajarnya ke Gua Musang bermula 6 Januari ini bagi membantu meringankan beban mangsa bencana di kawasan tersebut. Selain menyampaikan sumbangan, fokus misi ini adalah bagi kerja-kerja pembersihan bangunan awam seperi sekolah, premis kerajaan, dewan orang ramai dan sebagainya. 

Orang ramai sekitar daerah Batu Pahat adalah dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir ini ke Pusat Gerakan Bencana Alam UTHM dengan menghubungi talian 07-4533442 (24 jam) atau emel This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

1 Januari 2015

Dikeluarkan oleh
-- 
Shafry Salim
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.